BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 4, 2010

AKU TAK KISAH....

huhuhuhu....
salam.....dri tuan tanah yang cute miut....meowwww
lama gila tak update blog..huhuhu..tu semua laptop punyer pasal sebab bengong tak btempat...
hahahaha....ok2...forget about my laptop.....hehehe...
ok...arini aku nak cakap pasal sorang minah yang perasan bagus ni....aku dah sampai tahap benci gila babi dah ngan dia....(ambik ko...kan tak pasal2 kena samak )
untuk ko pompuan yang perasan bagus.......aku banyak benda nak cakap kat ko.....
first...ko boleh pergi mampus.....aku tak kisah...hahahaha
kedua....ko takyah perasan bagus, sebb ko tu tak bagus pon...setakat perangai macam ko, aku jauh beribu-ribu kali bagus dari ko.....(bagus la sangat...sewel la ko ina)
lagi....ko ingat aku heran sangat ke ko nak hempas2 pintu bilik ko kuat2? jangan sampai pintu tu aku hempas atas kepala ko plak...( baru ko tahu pintu tu camane kerasnya...)
ko cakap aku betina kan?? ada aku kisah? jangan sampai aku tukar jadi siput babi dah....( tak pasal2 kena mandi air lumpur)
oooo ko ingat kitorang tak lawan ape ko buat, kitorang takut la dengan ko...helooowww.....
bukan takut, tapi takde masa nak bertukar jadi budak2 tak cukup matang macam ko dol....tak kuasa mak nak ambik tahu...
ha! 1 lagi ni...ko ingat ko tulis ayat2 kesian ko kat facebook ko tu, aku kisah ke? aku takde masa la nak ambik tahu...belagak!!! konon ko la yang menjadi mangsa kejahatan kami yer?? blah la wei....aku tegaskan sekali lagi "AKU TAK KISAH LANGSUNG!!!!!"
aku kesian plak kat ko......terpaksa buat ayat2 sedih kat facebook supaya org kesiankan ko....
dah menghentam kitorang yang jahat ni....
kalo ko nak tahu, setiap kali aku tengok muka ko, tangan aku ringan je nak naik ke muka ko tu....jangan salahkan aku kalo tangan aku melayan ke muka ko n berbekas jari aku ni kat muka ko......
time 2 kalo ko nangis, aku sumpah dol, aku nak tepuk tangan aku kuat2....pahtu tambah lagi sikit.....aku nak gelak kuat2...padan muka ko....
nah ko.....tak pasal2 aku jadi pompuan jahat sebab ko....( ish3...dah memg ko jahat...pandai je tuduh2 org ) hehehehe......
k la...dh malas citer pasal ko...nyampah...
anyway, aku tinggal lagi 1 exam...huhuhuhu...tak tahu la camane result sem ni...waaaa...... nak keje plak....i dont like study...i dont like belajar.....i dont like u!!!( tiba2)
untuk daffi, tq.... bila ko panggil aku adik balik, aku sangat hepi...huhuhu....
aku dapat balik abg aku yg sgt2 baik dengan aku dulu...suka3.....
untuk semua, selamat menempuh exam...n selamat bercuti!!!


aku blah dulu...

Nov 26, 2010

hari nie..aku menyaksikan sekelompok manusia dirotan angkara lambat dan dalam masa beberapa minit selepas itu insan2 itu akan menghadapi peperiksaan..aku terdiam dan terdendam seketika bila menyaksikannya..bermain di kotak fikiranku adakah sekujur tubuh itu akan merasa marah??dendam??tidak tenang??dan sebagainya..arghhh..aku tidak mau hal ini berlaku tp jari jemariku tidak mampu utk melakukan apa2 kerana aku tidak ada kuasa untuk melakukannya..bantu aku Ya ALLAH...
Dalam aku terpanah seketika aku melihat status seseorang di FB iaitu "3 hal dalam kehidupan yang tidak akan kembali iaitu WAKTU,PERKATAAN dan KESEMPATAN..begitu dalam maksud madah ini..aku terdiam mengelamun dan mindaku mula berfungsi untuk mencari erti setiap lingkaran benang2 halus yang tersimpul indah membentuk madah ini..iya, memang benar waktu, perkataan dan kesempatan sentiasa seiring dalam melalaikan dan juga memberikan kejayaan pada seseorang...ketiga-tiganya mampu untuk membuatkan manusia tersenyum dan ketiga-tiganya juga mampu untuk membuat manusia menderita...


WAKTU
bercerita tentang waktu..adakah aku dan kita semua sentiasa melihat perkara sekecil ini sebagaimana sekerapnya kita memandang jam di tangan??adakah kita semua sentiasa melihat setiap detik yang kita bazirkan untuk membuat sesuatu perkara yang langsung tidak memberikan apa2 makna yang boleh membuatkan bibir kita sendiri terukir indah menikmati kemenangan itu??kemenangan yang kita cipta hasil daripada tangan-tangan orang yang menyokong dan menggunakan setiap kekuatannya untuk mendorong kita.??.cuba anda imbas masa2 lalu yang telah anda bazirkan begitu juga saya..hitung setiap detik itu dan kumpulkan ia untuk membentuk satu cerita..pasti anda akan menjadi seperti bunga yang dulunya mekar kini layu angkara kumbang....fikirkan dimana anda berada dan sejauh mana anda mengambil waktu untuk membentuk hidup anda..


PERKATAAN
ramai manusia tidak tahu bahawa perkataan adalah senjata paling utama untuk menjatuhkan manusia..malahan ia mampu membunuh manusia itu secara perlahan-lahan dan disebabkan itulah ada pepatah "kerana mulut badan binasa"..perkataan yang kita ungkapkan jika dilampirkan dengan bunga-bunga kasih sayang akan mampu menjadikan manusia yang telah mati itu bangkit..dengan perkataan juga manusia yang telah kalah mampu untuk bangun semula mengejar kemenangan..dengan perkataan jugalah manusia mampu menjadi sasterawan terbilang dan namanya mekar dalam persada dunia..kita bagaimana??adakah setiap buih dan madah yang kita lontarkan mampu untuk membuat sang pendengar ceria//ataupun hanya bisa menjatuhkan dan memusnahkan ...ingatlah, apa yang dikata tidak akan dapat dikembalikan lagi...

KESEMPATAN
kesempatan berkait rapat dengan waktu dan perkataan..dengan kesempatan ada manusia boleh mengegarkan dunia..aku teringat satu madah "jika wujud peluang didepan mata ambillah ia tanpa memikirkan baik dan buruknya kelak kerana tidak semestinya peluang seperti itu akan muncul lagi"..benar apa yang dikata dan jelas apa yang telah digambarkan..dengan kesempatan baik yang muncul dalam hidup seringkali manusia leka berdiri di depan pintu yang telah tertutup untuknya tanpa dia sedar bahawa ada pintu-pintu lain yang telah dibuka..pintu yang memberikan ia kesempatan untuk mencipta dunianya sendiri..pintu yang dibukakan untuknya yang tersedia indah taman-taman hati didalamnya yang sedia menunggu untuk diputik...fikirkan..

MANN (suara hati or Perasaan mengenai PENGORBANAN)

aku baru saja melihat cerita hindi MANN ..terharu dan sebak betul hati ini melihat jalan cerita tu..diolah dan diukir begitu indah untuk mengungkaikan erti pengorbanan..pengorbanan seseorang untuk orang yang disayangnya...emm..bercerita tentang pengorbanan aku yakin ramai yang akan setuju jika saya katakan bahawa anda juga pernah lakukan pengorbanan itu..mengorbankan diri untuk seseorang..mengorbankan kegembiraan dan senyuman diri untuk orang lain dan mengorbankan perjalanan hidup juga untuk seseorang..tanpa kita mempedulikan apa yang kita rasa dan tanpa kita mempedulikan adakah hati kita benar2 ingin lakukannya....semua itu adalah pengorbanan...
emm..kadang2 hati kita berbisik "Ya Allah..kenapa semua ini harus terjadi kepadaku..kenapa semua ini aku yang kena lalui...kenapa semua kasih sayang yang aku berikan dan semua pengorbananku dianggap satu penipuan dan diketawakan oleh semua orang..seadainya engkau mampu membuka hatiku dan kau melihat ada apa disebalik isi tersirat di hati itu kau akan mampu melihat betapa aku korbankan diriku atas tiket untuk kau bahagia"..aku yakin setiap dari kita ada melalui hal ini...aku yakin titisan air mata juga pernah mengalir di pipi anda bila mengenangkan semuanya cuma harapan aku..sentiasalah kita bersabar dan teruskanlah memberi kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain walaupun pada hakikatnya kita tidak diberikan kegembiraan sebagaimana yang telah kita hulurkan..saya percaya, jika anda terus berusaha utk membahagiakan orang lain suatu hati nnt Tuhan akan berikan anda berlipat kali ganda kerana DIA lebih tahu mana yang lebih terbaik untuk kita..maybe bukan sekarang tp akan tiba hari di mana anda akan mengecapi semuanya...teruskan melangkah dan jangan pernah stop utk melakukan kebaikan dan sentiasalah baiki diri dari setiap kesalahan yg telah kita lakukan..nasihat ini jg untuk diriku sendiri..
ehem..ehem...cantik tak cincin nie..aduh..jgn salah fahamm..cincin ni tiada di tanganku lagi..tapi aku nak sangat cincin nie..sapa nak cari dan berikan aku??hahaha...

KETIKA SAHABAT MENJADI PENGKHIANAT!!!

emm..smalam baru je chat dengan seseorang dari FB..dia meluah pasal kawan yg dia sanjung dulu n skrg berubah..berubah menjadi seseorang yg dia tak suka..dulu dia membenci seseorang kerana termakan hasutan orang itu dan skrg dia sedar bahawa orang yang dia anggap sahabat sebelum ini rupanya hanya bersandiwara...emmmm

Kawan..kawan..kawan..bila aku buka facebook ramai status korang berkisar tentang perhubungan ini..pasal dikhianati, ditipu, disayangi or dicintai..rasa bahagia,rasa gembira,rasa duka or rasa sedih??..semua menyentuh ttg hati dan perasaan korang dan aku jg tidak terkeculi merasakannya..kenapa ya??

Ketika sahabat menjadi pengkhinat..aku selalu berkata "sahabat adalah org yang duduk diberanda bersama-sama denganmu tanpa berbicara walau satu perkataan pun dan akhirnya apabila ia berlalu pergi kamu merasakan seolah-olah telah berbicara 1000 satu bahasa dengannya"..Bila kita bercerita tentang sahabat dan kawan..kawan hanya berbentuk perhubungan hati yang kadang2 ada perkara yang kita tidak mampu dan tidak mahu berkongsi dengannya tp sahabat?..segala2nya kita akan bercerita..dari hal baik atau buruk semuanya akan dikongsikan sebab dari dalam diri kita dia boleh dipercayai..dia boleh diharap untuk menyimpan semua cerita itu walaupun sekiranya pada suatu hari nanti anda ditakdirkan untuk berjauhan..dengannya anda rasa bahagia sekali tapi apa berlaku bila gelaran sahabat itu akhirnya bertukar menjadi pengkhianat??mengapa dan kenapa ia berlaku?
kenapa ya..bila kita telah serahkan seluruh hati kita kepada seseorang dengan kita mempercayainya bukan setakat sebagai sahabat malah sebagai adik beradik dia tegah menyakitkan hati kita..melukakan hati kita dengan menukar persahabatan itu menjadi pengkhianatan..menukar semua kepercayaan itu menjadi khianat..Ya Allah..sakitkan..sesakit ujung pedang menusuk sedikit demi sedikit ke dada yg akhirnya bisa membunuh jiwa..

emm..aku secara jujurnya hanya mampu utk menulis perasaan ini di sini mewakili semua insan diluar sana yang merasakan apa yang aku rsa kerana apa yg aku coretkan di sini keluar dari dalam lubuk hatiku..kita tau akan ada insan2 yang tidak menyukainya dan menganggap semua perkataan dan ayat ini membela diri dengan kata-kata manis..inilah aku..inilah kita..semua kata2 itu bukan kata2 manis yang dikarang oleh bijaknya minda dan luhurnya hati tetapi setiap inci dan butiran itu keluar dari benarnya perasaan hati masing2...
pernahkah terjadi apabila anda telah mempercayai seseorang dan menganggapnya lebih daripada family anda akan menceritakan segalanya kepadanya..semuanya..tapi apa berlaku bila perkara itu disampaikan kepada orang lain..ingat ya, di dunia ini tidak ada manusia yang mampu untuk menanggung semua kesakitannya..kita memerlukan orang lain untuk meluahkannya..bukan niat kita untuk memburuk tapi kita percaya pada sahabat itu dan kita tahu dia tidak akan membenci insan yg dimaksudkan kerana sesungguhnya niat anda adalah untuk berkongsi duka dan meluahkan apa yang anda tanggung di hati..tapi..apa anda rasa sekiranya semua yg anda luahkan sampai kepada yang empunya badan??anda pernah laluinya???...

KINI..akhirnya aku sedar bahawa bukan semua orang yang kita kenal boleh menjadi sahabat..bukan semua hal yang pada mulanya manis akan kekal manis selamanya..ia pasti akan menemui jalan kepahitan dan tika saat itu muncul barulah kita akan terhantuk untuk mengetahui siapa kawan dan siapa lawan...untuk diriku sendiri juga...janganlah kerana satu kesalahan kita menghukum dan membiarkan semua kebaikan yang orang lain telah lakukan kepada kita...serahkan semuanya kepaeda ALLAH dan yang paling penting kita kena menjadi sahabat yg baik dahulu sebelum kita mengharapkan seseorang menjadi sahabat didalam hidup kita...sentiasalah bersabar dan ingat umur kita tidak tahu dimana kesudahannya..kita tidak tahu maybe akan hadir waktu dimana org yang kita benci skrg akan menjadi orang pertama yg akan menolong anda tika anda dalam kesusahan dan tidak mustahil sekiranya satu hari nanti anda akan menjadi insan yg paling akrab semula..oleh itu, sayang dan benci seseorang jangan 100% kerana tidak mustahil ia akan berlaku sebaliknya 5 or 10 tahun akan datang..hihihih..sekian..nak makan bubur dan kuih pisang dulu..wah....YANG PASTI..AKU SUDAH TIDAK ADA SAHABAT..hanya kawan semuanya kerana aku tidak mau sakit lagi

Nov 9, 2010

Bahana letak komputer riba atas paha..

Ni aku nak share info berguna dengan korang-korang semua...aku tengok kat kosmo online...mari kita hayati info ini bersama-sama.. :P

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.

**so kita kena la amik iktibar atas apa yg berlaku ni ye...janganla letak laptop korang atas riba korang..letak kt atas meja ke lantai ke, kecuali paha..sayangi lah paha anda...lebih baik kita elak daripada kita merawat di kemudian hari...berguna kan info saya ni..hehe...ok da...

Nov 6, 2010

KISAH-DAJAL

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?

Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”

KEISTIMEWAAN DAJAL

Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.



BILA DAJAL DILAHIRKAN

Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?

Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)



Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.




Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.

Nov 5, 2010

ENTRY UNTUK KAMU....

salam...dari tuan tanah yang kiut miut.....
sekarang dah jam 2 pagi.... mata masih segar bugar lagi..menandakan aku takkan tido lagi....
kawan2 aku yati n che wan pun masih tak tidur.... che wan asyik fikir nama untuk blog dia...yati plak asyik buat sajak sedih jer...huhuhu...ape2 pun seronok gila kawan ngan diorang...asyik buat aku ketawa...hahaha.....

so, entry kali ni aku nak cakap pasal mr right....huhuhuh.......
dia yang aku kenal sangat2 memahami diriku....sangat sabar melayani kerenah aku yang kadang2 sangat menyakitkan mata...hehehe....

untuk kamu, saya sangat2 berterimakasih kerana menerima sya seadanya dalam hidup kamu...
walaupun kamu bukanlah yang pertama dalam hidup sya... tapi kamu segalanya buat sya pada masa ini....

terima kasih kerana sentiasa tersenyum untuk sya....terima kasih kerana sentiasa ada dalam hidup saya bila sya kesepian, kesedihan dan keseorangan...
terima kasih kerana sentiasa bersama sya, menangis bersama sya bila sedih dan ketawa bila sya bergembira....sya sangat2 menghargainya.....

walaupun kadang2 sya sangat marah dengan awak bila awak sibuk dan takde masa untuk sya, dalam hati tetap sayangkan awak...huhuhu....
sya harap takkan jemu untuk menyanyangi saya untuk selamanya....
huhuhu....saya sangat2 terharu dengan kasih sya yang awak berikan.....

andai suatu hari, sya sudah tiada dalam hidup awak, sya harap awak tidak pernah gembira memilih sya, dan awak bahagia memilih dia...
melihat awak bahagia membuatkan hidup sya juga bahagia....
sob3.....

so, tu je yang aku nak tulis....sedih la tulis entry ni...hihihi.....
ok tu jer.....ape2 pun, buat korang3....cinta sangat membahagiakan kita....
cinta juga perlukan pengorbanan...walaupun cinta kita tak kesampaian, kita haruslah berdoa semoga sidia sentiasa bahagia......
melihat dia bahagia akan membuatkan kita juga bahagia....


miss u sangat2.....


mr.bubu

ENTRY UNTUK KAMU....

BANJIR DI KEDAH

salam dari tuan tanah...huhuhu....harap2 semua sihat2....
syukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi dapat aku mellihat bumi indah tuhan ini....
syukur bila kau bukak mata masih lagi aku dapat melihat keindahan bumi sintok ini.....
masih lagi di uum...universiti pengurusan terkemuka....
universiti yang sangat2 aku sayang..( ayat propa...tipu semata-mata)

ok...minggu ni kecoh pasal banjir jer....hehehe.... banjir sana...banjir sini..
banjir banjir banjir.....
exam telah ditunda...huhuhu..jadi la kami penunggu setia di uum ni...
menjaga uum yang indah ini...

semua sibuk nak balik kampung...tapi bas pulak ditahan oleh pakcik2 UK yang sangat hensem...
tak di baginya bas yang indah2 belaka itu masuk ke dalam kampus untuk mengambil kami yang cute miut ni....kecoh semua jadinya...
hai pakcik2 UK ni, nasib baik la aku tak balik...kalau tak mahunya aku berguling-guling kat depan gate tu...huhuhuhu....
kesian diorang....
ada lagi yg tak dapat balik..sebb bas...

ok la...malas dah nak mengarut.....
nak tunjuk gambar banjir...huhuhuhu




uum indah


pekan jitra



uum



dah jadi macam lautan teh ais



bahagia je korang main air



jalan dah tenggelam....



teh ais




changlun



tunggu masa nak hanyut...hehehe

Nov 3, 2010

me......ina....

rindu-dia


bas-oh-bas


library-time



meowww.....











note... tuk diri sendiri




Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah menyatakan, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat tiga peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang dan cinta selepas perkahwinan.

Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati-hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

AMALAN SEDEKAH

"orang yang paling baik di kalangan kamu orang yang banyak melakukan kebaikan pada keluarganya, dan aku paling baik pada keluargaku" HADITH

Sedekah yang kita tahu ialah mendermakan harta kita. Atau lebih khusus kita nampak perkataan sedekah hanya berkait rapat dengan wang ringgit, sedekah tabung masjid, sedekah pada anak yatim dan sebagainya.

Tetapi Baginda sangat banyak menyebut tentang jenis-jenis sedekah. Antaranya di dalam hadith ke 26 dalam kitab hadith 40 disebutkan oleh Baginda sebahagian dari jenis-jenis sedekah. Antaranya :

1. Mendamaikan saudara yang berselisih faham

2. Menolong saudara meringankan beban orang bermusafir

3. Menolong saudara mengangkat beg atau bebanan yang berat

4. Kata-kata yang baik

5. Langkah ke Masjid

6. Alih duri dari jalan (elakkan mudharat)

Banyaknya! Itu baru dari satu sumber hadith. Sebenarnya banyak lagi. Kita pun pernah dengar “senyumanmu pada saudaramu satu sedekah” juga termasuk dalam ciri sedekah.

Pendek kata, kita sedang bersedekah dan mendapat pahala dari Allah. Betapa pemurahnya Allah, walaupun kita tak tahu jenis sedekah (sebab tak belajar), Allah pasti memberikan balasan yang setimpal. Lebih-lebih lagi orang yang tahu apa yang dilakukan adalah dari bab sedekah, mestilah dia lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Teringat pada kisah pada zaman sahabat nabi, orang-orang miskin mempersoalkan kepada Rasulullah tentang kelebihan orang yang berharta. Ini kerana orang berharta mereka beriman kepada Allah, dalam pada masa yang sama mereka dapat dermakan harta yang mereka miliki. Berbeza dari orang-orang miskin, beriman jua kepada Allah tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk didermakan. Lalu Baginda mengajar lafaz tasbih (SUBHANALLAH) adalah sedekah, tahmid (ALHAMDULILLAH) itu sedekah, takbir (ALLAHUAKBAR) itu sedekah, tahlil (LAILAHAILLAH) itu sedekah. Jadi, itu sudah memadai dan dapat dilakukan oleh orang-orang yang tidak berharta.

Begitulah jua besarnya cabang bersedekah.

Cuma, disebut oleh Mahyuddin Misto dan Mustafa Bugho di dalam kitab AlWafi bahawa lebih afdal orang yang mempunyai harta lalu mendermakan harta tersebut berbanding orang yang bersedekah dengan cara yang selain mendermakan harta bendanya. Ini adalah soal kelebihan kepada orang-orang yang dikurniakan dengan kemewahan dan harta yang banyak tetapi tidak pernah lupa kepada segala nikmat yang Allah kurniakan.

ALLAHUAKBAR!

Sumber : Kuliah AlWafi, IOFC, WP Labuan














Nov 2, 2010

ANDAI DIA MILIKKU....

YaAllah...

seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta untukku...

satukan lah hatinya dengan hatiku...

titipkanlah kebahagiaan antara kami...

agar kemanisan itu abadi...

Dan YaAllah...yA tuhanku yang Maha Mengasihi...

seiringkan lah kami melayari hidup ini...

ketepian yang sejahtera..dan kekal abadi...

Tetapi YaAllah...

seandainya telah Engkau takdirkan..

dia bukan milikku...

bawalah ia jauh dari pandanganku...

luputkanlah ia dari ingatanku...

dan peliharalah aku dari kekecewaan...

serta YaAllah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

berikanlah aku kekuatan...

berikanlah aku kekuatan...

melontar bayangannya jauh ke dada langit...

hilang bersama senja nan merah...

agarku bisa bahagia...

walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan YaAllah Yang Tercinta...

gantikanlah yang telah hilang...

tumbuhkanlah kembali yang telah patah...

walaupun tidak sama dengan takdirMu...

pasrahkan lah aku dengan takdirMu...

sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...

adalah yang terbaik buatku...

kerana Engkau Maha Mengerti...

segala yang terbaik buat hambaMu ini...

YaAllah....

cukupkan lah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

di dunia dan di akhirat...

dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini...

jangan Engkau biarkan aku sendirian...

menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...

maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

ke jalan yang Engkau redhai....

dan kuniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin....Ya Rabbal A'lamin.....

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

20 cara buat roomate anda gila

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”


8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.


14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.


20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

SELAMAT MENCUBA!