BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 27, 2009

hipokrit!!!!
aku cukup tak faham dan tak suka dengan manusia yang mempunyai masalah ni.....
adakah dengan bersikap hipokrit macam tu dia rasa dia dapat menjaga hati aku dan rakan2 yang lain???
apakah dengan bersikap hipokrit macamtu boleh menampakkan kebaikkan dia???
adakah dengan bersikap hipokrit hidup dia bahagia????
selama ni aku tak tahu dia bersikap macam tu...
aku rasa bangga ada kawan macam dia.
tak mudah melatah, cepat memaafkan dan suka membantu....
emmm...
tapi, dalam diam dia menikam aku dari blakang....
sedih sangat bila aku dapat tahu hal ni......
seolah-olah aku dihempap dengan batu bata bila tahu hal ni....
emmm.....
saje je aku nak letak gambar ni...
huhuhu...
gambar ni aku ambil masa raya kat umah abg mie...
see...
cantik kan umah dia???
seronok suasana kat situ...
raya pun meriah....
ni la satu-satunye gambar raya yang aku upload kat sini.........
hhehehe...
cute tak???
abg mie cakap aku nampak lain bila bertudung macam tu...
lain ke???
sama je aku tengok...
tak kurang pun aku punye cute tu...
makin bertambah ada la...
hahaha...
saje bergurau...
jangan marah eak...

Oct 26, 2009


hai...
lama aku tak menconteng kat sini kan??
anyway, ni la abg mie...
org yang banyak bg aku sokongan sepanjang aku kat sini..
org yang sentiasa ada di sisi aku sepanjang aku kat sini...
hehehe...
saje je aku letak gambar dia kat sini, aku nak tengok dia mengamuk ngan aku bila dia tahu aku upload gambar dia kat sini...
cute kan????
dia cakap dia tak cute pun, tapi manis..
hehehe...ye ke manis???
terlebih gula kot abg mie..anyway terima kasih untuk insan ni...
kalau takde dia rasanye aku dah takde kat dunia ni aritu...
terima kasih abg mie...
terima kasih sebab jaga sya kat sini....

Oct 18, 2009

rasanye macam dah lama sangat aku tak tulis ape2 kat sini kan???
anyway aku tak tahu nak tulis ape...
boleh katakan tiap2 ari aku bukak blog aku ni...
tapi aku tak tahu nak cakap pe...
tunggu je la kalo aku ada idea k...
caw

Oct 15, 2009

kalau anda diberi peluang untuk jadi sesuatu untuk 2 hari, apa yang anda nak jadi????
suspen tak soalan aku???
hihihi....
kalo aku la diberi pilihan macam tu, aku teringin sangat nak jadi pokok...
nape pokok???
hahaha...
ntah la.
aku pun tak tahu nape aku nak jadi pokok...
yang aku tahu jadi pokok tu best sangat..
bagi aku la...
tak tahu la korang...
bg aku kalo aku jadi pokok aku tak payah nak peningkan kepala memikirkan apa2 masalah dlam hidup ni kan???
betapa seronomknye jadi pokok...
juz.......berdiri je kat situ
tak payah fikir nak g kelas ke, wat assgment ke ke, exam ke...
huhuhu...
bahagia sangat hidup kan???

Indah Pesona

Salah satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia Sama ada yang kecil mahupun yang besar Yang halus mahupun yang kasar Sama ada mengikut pandangan manusia jijik atau menakutkan
http://farm3.static.flickr.com/2289/2200698224_7256bc753c.jpg
Semuanya berlaku dengan hikmah Sama ada mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran Sekalipun seekor hama yang halus yang berada di tengah belantara ada maksud dari Tuhan Walaupun seekor kuman di atas gunung yang tinggi di dalam batu pejal ada hikmah yang tersembunyi Binatang yang merbahaya seperti harimau dan buaya walaupun menakutkan manusia ada pengajaran Sama ada yang disuka atau yang dibenci oleh manusia ada rahsia dari Tuhan Bahkan tidak ada makhluk yang Tuhan cipta yang sia-sia Semuanya ada maksud dan tujuan Cuma banyak manusia yang tidak tahu hikmah dan rahsianya, didikan dan pengajarannya Maha Suci Tuhan daripada membuat sesuatu yang sia-sia Sekalipun pada pandangan manusia perkara itu remeh sahaja Perlu diingat, pada Tuhan semua perkara sama sahaja Pandangan Tuhan tidak ada bezanya di antara halus dan kasar Di antara kecil dan besar Dan yang jijik dan yang menyenangkan Walaupun Tuhan tahu perbezaan itu Dari segi menciptanya sama saja Dari segi melihat sama juga
http://content.authorstream.com/images/rupi-8744-Nature-Beauty-nature-ppt-powerpoint-118_88.jpg
Kerana Tuhan bukan melihat dengan mata Bukan kemampuannya dengan tenaga Dan Tuhan tidak merasa dengan jiwa dan perasaan Setiap hikmah dan pengajaran itu Allah wujudkan tidaklah menimbang-nimbang Menimbang-nimbang adalah dengan akal dan fikiran Tuhan tidak ada akal dan fikiran seperti manusia Maha Suci Allah Taala berakal dan berfikiran, Maha Kuasa lagi Maha Agung Hikmah dan pengajaran itu terjadi adalah dengan kuasa dan ilmu Tuhan yang sedia sempurna Yang tidak perlu menimbang-nimbang dan memikirkan Maha Agung Engkau Tuhan.

aku butuh cinta.. aku butuh kawan...




Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...






Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...






Kenapa??






Kerana CINTA itu buta...






Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...






Kenapa??






Kerana... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!






Di dalam telaga , CINTA hilang...






Kenapa??






Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar untuk




dicari apa lagi dalam telaga yang gelap...






Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus




menunggu..






Kenapa??






Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...








so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....






"Cinta biar yg satu.. kawan biar beribu..."

aku ada cerita nie.... nak dengar ke tak??

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah... Macam mana??? adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan ??? Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... fikir-fikirkan dan selamat beramal~ Nukilan dari DIARI SEORANG MUSLIMAH

pesanan buat diri ku yang lalai..




Oct 13, 2009

emmm
tadi pagi my ex call..
lama kami berbual...pasal kami dulu2...
aku tanya dia, dia tak marah aku ke??
tapi jawapan yang dia beri cukup untuk buat aku menangis...

" cinta kita dulu datang dengan ikhlas dari hati kita tanpa dipaksa oleh mana2 pihak..
dan saya akan merelakan cinta itu pg dengan ikhlas, kerana saya tahu sepanjang saya dengan awak, saya tak pernah terluka...
sepanjang saya dengan awak sya cukup bahagia dan sepanjang saya dengan awak,
awak tak pernah buat saya menangis.
kenapa saya tak marah dengan keputusan yang awak buat???
sebab saya tak pernah fikirkan betapa sakitnye perpisahan yang awak lakukan, tapi saya lebih memikirkan betapa besarnya pengorbanan awak sepanjang kita bersama"
emm
kejam ke aku?????
kejam ke aku pada dia???
tapi bila aku fikirkan balik, aku manusia yang cukup kejam kalau aku tak lepaskan dia dari hidup aku...
sebab aku tahu dia layak mendapat yang terbaik dalam hidup ni...
sebab tu aku takkan sambung kembali hubungan aku ngan dia..
tapi bagi aku, dia tetap akan jadi sahabat aku untuk selama-lamanye...

Love & Destiny


"IF YOU LOVE SOMEONE, LET THEM GO"

"IF THEY RETURN TO YOU, IT WAS MEANT TO BE"

"IF THEY DON'T, THEIR LOVE WAS NEVER YOURS TO BEGIN WITH..."
anyway aku dapat msj ni dari sorang sahabat...
seorang yang aku cukup benci dulu...
dulu la masa aku memusuhi dia...
sekarang aku sedar sape sebenarnye dia.....

LOVE Story

Girl : Am I preety?
Boy : No..
Girl : Do you want to live with me?
Boy : No..
Girl : Will you cry if I leave you?
Boy : No..

The Girl start to cry..
The Boy pulled her close to him & said...

"You are not preety, but preetiest.
I dont want to live with you, but I live for you.
If you leave me, I wont cry but I'll die.."

CINTA vs. SUKA

CINTA...

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana ?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI..


Tetapi...

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

Bila Aku Sudah Tiada

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya...

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya...

semalam aku jumpa mr r kat cafe petronas.aku pon tak tahu macamane aku boleh terserempak ngan dia kat situ.....
so aku juz senyum je la...sebab dia senyum ngan aku.takkan aku nak masamkan muka aku plak...tiba2 dia ajak aku bersembang jap ngan dia...emmmm...
aku duduk je la sembang ngan dia....
dia tanye aku ok ke tak sekarang ni.
aku juz cakap ok macam yang encik tengok la....
dia banyak uji aku dengan soalan2 dia.ye la,org kaunseling ni memang pandai mainkan emosi kita.tapi aku cuba kuatkan diri aku..
aku cuba buat biasa, buat happy...
then dia cakap macam ni kat aku

"ina...jgn berpura gembira kalau kamu tgh bersedih.."

tambah nya lagi...
"jgn la cuba berhenti menangis..sbb mmg tuhan jadikan air mata utk dikeluarkn"

tp yg paling best satu lg ayt yg bleh renung..

"kalau tuhan nk bg kita sesuatu bernilai..DIA takkn bagi dgn mudah.."

post ni berakhir ngn senyuman..
(teringt kenangan awl2 blogging)

Untuk Awak ;))

kaLau awak tanya saya: awak beshh tak?
saya akan jwb: beshh sgt...
kaLau awak tanya saya: awak baik tak?
saya akan jwb: sangat baik...
kaLau awak tanya saya: nk temankan saya kuar?
saya akan jwb: nak...
kaLau awak tanya saya: ape yg saya suka?
saya akan jwb: saya suka awak! :)
kaLau awak tanya saya: kenapa saya suka awak...
saya akan jwb: saya senang dgn apa saje ngan awak.
kaLau awak tanya saya: apa bukti saya suka awak?
saya akan jwb: saya buat apa saje utk awak.
kaLau awak tanya saya: sanggup ke saya menunggu awak...
saya akan jwb: seLamanye...
kaLau awak tanya saya: sudikah jika menjaga awak?
saya akan jwb: sehingga ke nafas terakhir saya..
kaLau awak tanya saya: perkara paLing manis dLm hidup saya?
saya akan jwb: awak...
kaLau awak tanya saya: perkara paLing buruk dLm hidup saya...
saya akan jwb: swaktu awak tGgaikan saya. . . . . . . . ;(

SEPI ny asee....


waaaa... ttibe aku ase sunyii je life neihh :((.. huk3
Cte nieh plak aku dgr dr Nizam td.. kteowg makan ramai2 td ngan dak2 batch aku..
Nizam nieh pon bkak laa cte diee n cust... tersebutlah kisahhhh....

CSE : Celcom Careline, Nizam sedia membantu..
Cust : Cik, apa maksud CELCOM tuh??
CSE : Err...... Cik nak main2 ke??
Cust : Tak, sy nak tau ape maksud Celcom...

{hahaha,mmg cantik laa solan..npe x tnya blew bangunan celcom d tubuhkan.. waduyaiii~ mmg x terjawab laa encik nizam kte tuh.. wakakaka}

.: Cust Psycho 2 :.

huu.. sambungan dr CUST PSYCHO 1.....

tym aku n kgkawan nga jawab call.. ttibe aku dgr sorang junior neih ckp ngan cust camginieh...

CSE : Celcom Careline Siti [bukan nama sbena] sdia membantu....
Cust : Bla..bla...bla...blaaaa...
CSE : Ok cik, sebelum tuh, boleh sy tahu nama cik dlu...
Cust : Rahsia..
CSE : Ape?? nama cik Rahsia?? Ke cik nak Rahsia2 dgn sy??

{hahaha, aku dgn kawan2 yg ade kat area tuh, da gelak x benti2 dah.. aduhh..ape kebende laa cust nieh mrepek2 nak rasia2 lak nama..ngat member aku nak ngorat die ke hpe..huuuu~}

.:DUA EKOR HANTU:.

Tersebutlah kisah dua ekor hantu.
Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.

"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,

"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"

Huaaaa3.. :))




opss, Spiderman telah meletak jawatan dr menjaga keamanan...Dan sekarang dia telah beralih menjadi penjaga gol....percaya atau tidak tengok lah sendiri buktinya

.: Hati.. :.

semlm tym kat library... aku just surf2 tenet n terdgr laa satu ayat nieh.ayat aku dngar budar yang duk meja depan aku tu cakap ngan kawan dia. lbey kuang camgini laa ayatnye.. sebijik2 mmg xngat..

"if ada prob, kte kena luahkan..bcerita aa pd sesiapa..
tabbek pendam.. nanti kena penyakit hati...."


hohoho, adakah ayat ini btoi?? huuu.. sila beri pendapat ye! :D

Award by amirr

Awarded by amirr




Hai..
thanks amir sbb bagi award ni :D
bgs r dia igt aku..ekeke..
best ek jd kwn aku..hee.. :P

p/s: cpt2 r kawin..ahaha

Jangan sangka si tua tiada perasaan


Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... wahai orang tua... kenapa bersedih hati...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa ..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...
Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.
Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...
Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. inikah isterimu?... Lantas si tua tersebut mengakuinya.. Ya..ya betul... inilah isteri hamba...
Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump... belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.
Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya. Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini.

.: Bahagia :) :.

khas buat rakan2 ku yg slalu merasakan mereka tidak bahagia.. ;)
aku jumpe ayat2 neih time surf2 td..
sila baca & hayati ye.. ;)



Ada yg mengatakan

aku bahagia… meski tidak ada kekasih yg mendampingiku"
aku bahagia… meski aku tidak cantik atau menarik…
aku bahagia… meski aku bukan orang kaya dan tidak semua keperluanku terpenuhi..
aku bahagia… karena aku hidup di kalangan manusia yang selalu tersenyum kepadaku..
aku bahagia… karena aku punya banyak teman meski tidak semuanya mengasihiku..
aku bahagia… karena aku memang menginginkan dan merasakannya..

Tidak ada alasan yang bisa membuatku tidak bahagia…”
Kalimat-kalimat di atas bukanlah hal yang mustahil bagi setiap orang, karena
menikmati hidup adalah kunci kebahagiaan…Kebahagiaan itu ditentukan oleh diri kita sendiri, meski orang lain melihat kita tidak bahagia sedangkan kita bahagia, kita memang bahagia, dan jika orang lain melihat diri kita bahagia sedangkan kita tidak merasa bahagia, kita tidaklah bahagia…

Dengan mengubah cara pandang dan berpikir, mungkin kita akan merasakan kebahagiaan…

aku bahagia…..karena ALLAH swt mengasihiku….^_^

PEACE!!


Manusia Dan Kerjaya

Pelik betul perangai manusia.
Bila tidak ada kerja, sibuk cari kerja.
Bila sudah dapat kerja, malas nak pergi kerja.

Yang sedang makan gaji, sibuk mahu berniaga sendiri.
Kononnya tidak cukup gaji.
Yang berniaga sendiri pula, sibuk mencari kerja yang makan gaji.
Senang, tidak perlu risau untung rugi. Tiap-tiap bulan datang ambil gaji.

Walau apa pun kedudukan kita, walau di mana pun letaknya kita. Kita perlu sedar yang kita ini sangat bertuah. Punya akal, punya hati, punya kederat dan keinginan. Oleh sebab itulah kita sering kali tidak pernah rasa puas dalam kehidupan kita saban hari.

Mungkin pada dasarnya kehendak nafsu yang melangkaui batas mental dan kemampuan fizikal kita. Tetapi kita tidak sedar, yang 90% manusia di dunia ini memiliki pekerjaan yang bukan datang daripada minatnya. Semua secara kebetulan. Betul tak?

Jadi... cuba dulu baru tahu.

Oct 12, 2009

Hari hari usia ku

Banyak ku rasai ,

ramai ku temui ,

aku teruskan lagi ,

Di hati ku ,
aku terus merindui ,

sesuatu yang tak ku temui ,
akhir nya ku jejaki ,

rupa nya telah mati ,
ku renongkan kembali ,
ku tak akan berhenti ,

jasad nya tiada lagi ,
tapi roh nya pasti menanti ,
melihat pencarian ini ,
aku teruskan lagi .

di hati ku ,
akan terus merindui ,

hari hari usia ku ,
banyak ku rasai .............

Mati semut kerana gula .



Ish! Ish! .

Mati semut tu kerana gula
Tahu ke si semut tu kalau terjun ke air gula tu dia boleh mati ???.
Atau ada yg menolak dia ,
atau ada yg menipu dia .

Kalau memang kehendak nya .
Pasti lah kemanisan gula itu terlalu penting untuk si semut hingga sanggup bergadai nyawa .

Boleh kah wanita di umpamakan gula ???.
Atau wanita yang ada kemanisan nya baru boleh di katakan begitu ???.

Apa pula yg di fahamkan dengan kemanisan wanita ,
Budi bahasa ke ? .
Kekayaan ke? .
Kecomelan rupa ke?

Apa kah sebab wanita menjadi rebutan lelaki ???.

Andai lelaki itu semut ,
kemanisan apa yg di cari ????

MARI BERTEKA-TEKI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau

bertanya (Teka Teki ) :



Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan

kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti

akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah

MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".



Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah

HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu

kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."



IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali =3D " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG

AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan

malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka

kerana gagal memegang amanah."



Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan

sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita

atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "



Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini

adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya

menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



-->nama kan pokok yg hanya wujud di negeri sembilan?

hehehe..

don't do this in ur real life..okeh^_^

kalau wat kat titok.. sedap nih.. hehe

ni name nye hasad al dengki


mean~~ jagalah aurat wahai muslimah diluar sane..



ni da kire bahaya nih..

dan paling x patut-->>>>
|||
||
|


sadis=P

--> heheheeee

Barah Otak

Pernahkah anda mengalami sesuatu peristiwa yang boleh dikata peristiwa pahit yang sukar untuk kita lupakan. Dalam masa yang sama anda sedang berusaha untuk melupakannya. Tentu ada yang katakan pernah dan mungkin ada yang katakan tidak pernah. Tetapi bagaimana kita menanganinya? Bergantung pada anda.

Pada pendapat aku, untuk melupakan sesuatu yang dipanggil perkara pahit atau buruk adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilaksanakan. Mungkin gambaran yang sering terpancar di dalam kotak fikiran kita berulang kali, membuatkan ia tidak ubah seperti sebuah mesin 'reminder' yang membantu kita untuk sentiasa teringat pada sesuatu peristiwa tersebut.

Apabila gambaran yang terpancar di dalam kotak fikiran kita sering saja dimainkan, maka secara tidak langsung episod tambahan yang mungkin ditokok tambah isinya juga akan berlaku. Dengan kata lain, tanggapan dan kebarangkalian untuk terjadinya kembali, mengapa terjadi, siapa pelakonnya, di mana tempat kejadian dan paling penting bagaimanakah ianya boleh terjadi sering saja bermain dalam kotak fikiran yang kita sebut otak. Adakah tanggapan dan kebarangkalian yang timbul itu boleh didiamkan begitu saja? Ya, tentulah tidak. Oleh kerana itulah persoalan demi persoalan akan timbul memenuhi kotak fikiran kita yang mungkin sedang sempit tika itu. Jalan yang paling mujarab untuk melegakan tentang itu adalah mengajukan persoalan.

Selari dengan hukum alam, setiap soalan mestilah dikawankan dengan jawapan. Maka setiap jawapan yang diberikan perlulah ada nilai yang munasabah untuk dikelaskan sebagai logik akal. Maka dengan itu, faktor emosi juga akan memainkan peranan di mana kita akan terdorong untuk jeremus ke arah perbuatan atau perlakuan yang kita panggil tindakan luar kawal. Perbuatan tindakan luar kawal ini merangkumi segala macam aspek. Dari segi pertuturan dan tingkah laku kita, sedikit sebanyak akan mempengaruhi keadaan sekeliling. Mungkin perbuatan atau pertuturan kita akan mendatangkan impak yang sangat besar terhadap sesuatu individu atau objek lain sehinggakan mungkin terjadinya perilaku yang dipanggil tindakbalas.

Selalunya tindakbalas yang diterima akan mendatangkan beban atau tekanan pada kita kembali. Walhal apa yang kita inginkan adalah jawapan yang selogik mungkin untuk memuaskan hati yang sering saja dibelenggu perasaan ingin tahu yang sedang membuak-buak. Walaupun telah dikhabarkan sebelum ini, mungkin jawapan yang telah diberikan itu masih belum dapat memuaskan hati sehingga dapat disalurkan ke otak untuk diproses menjadi jawapan yang dipanggil paling muktamad.

Tindakbalas yang diterima biasanya akan menjadi beban tambahan yang akan diklasifikasikan sebagai masalah baru. Sehubungan dengan ini, masalah yang baru diwujudkan oleh kita itu akan menjadikannya satu lagi beban yang mungkin tidak terpikul dek akal kita, memandangkan beban yang sedia ada masih lagi tidak terlunas hutang piutangnya. Kemurungan atau tindakan agresif yang berpanjangan mungkin bakal menimpa kita. Siapa tahu?

Dari sudut lain pula, fikiran yang dipengaruhi dengan persoalan yang tiada jawapan biasanya lebih cenderung ke arah pemikiran yang negetif. Sehala dengan pemikiran yang negetif maka akan lahirlah emosi yang lebih murung. Kadang kala, pemikiran yang terlampau negetif juga akan berpontensi untuk menjadikan seseorang itu bertindak lebih agresif dalam keadaan yang berada di dalam luar kawal.

Kesimpulannya melupakan sesuatu peristiwa pahit atau jijik itu adalah jalan yang terbaik. Kita tidak perlu menjadikannya barah yang hanya bermain-main di dalam kotak fikiran kita. Tetapi bagaimanakan cara yang paling sesuai untuk ke arah itu? Mungkin dorongan dari sesuatu pihak adalah cara yang terbaik. Tetapi dorongan yang bagaimana? Adalah hanya berdiam diri itu adalah suatu dorongan? Adakah dengan tidak ambil peduli itu juga satu dorongan? Kerana masa yang kita ada sebenarnya adalah sangat singkat untuk kita terus berdiam diri saja.

Sila berikan jawapan. Paling tidak hembuskanlah sedikit nafas untuk didengar sebagai ganti jawapan.



  • Adakah anda pernah berada di dalam kategori ini? Sama-sama fikirkanlah, adakah ianya disebabkan sesuatu atau disengajakan oleh sesuatu? Renungkanlah.

Oct 4, 2009

emmmm....
anyway aku nak citer 1 benda kat korang..
pastu kalo rajin korang komen la untuk aku....HUHUHU...
hari rabu lepas aku ada intergrasi kat pusat sukan uum..
dalam kul 8 malam macam tu aku pegi la dengan kawan2 aku...
konon2 kawan baru aku kat sini la
huhuhu....
wah, dah sampai sane ornag dah ramai, kami pun apa lagi masuk la baris...
n then lepas take antendence kami pun duduk la...
bangga memang bangga..bayangkan kami ditempatkan di kerusi bersebelahan pentas utama...
huhuhu...
bahagianye kami....
siap kami bising lagi kat situ....
tapi tu bukan topik utama yang aku nak citer pada korang...
lebih kurang jam 10 macam tu kami dah rasa bosan n nak blah...hahaha..
dah la duk depan selamba je kami melangkah untuk pulang.
maklumla, esok pg tu aku ada kelaz plak..
jadi tu yang wat aku malas nak tunggu lama2 tu...
malang tak berbau....
masa aku jalan sampai kat gelanggang tenis tu, tiba2 kaki aku tak boleh melangkah....
dan aku jatuh kat situ...
cuba bangun pun tak dapat..
kaki aku seolah2 tak dapat berfungsi langsung...
kawan2 cukup panik masa tu...
aku???
kalo diorang dah panik tahap gila macam tu, aku dah tentu2 macam nak mati....
macam nak meraung je kuat2 kat situ...
aku suruh kawan aku tpon abg mie...
dalam 10 minit abg mie sampai....
dia bawak aku ke pku.....
masa tu aku dah bimbang dah,
macamne kalo aku terus tak dapat berjalan???
apa akan jadi dengan aku???
tapi jujur aku cakap, kalo aku tak dapat berjalan, confirm aku bunuh diri masa tu....
huhuhuhu.....
anyway dah sampai pku, doktor bg aku 1 suntikan...
dalam setengah jam macam tu aku dapat berjalan balik...
fuh!!!!
satu kelegaan yang amat sangat aku rasakan.....
so lepas tu pa lg, sesi soal jawab ngan doktor la....
dktor tanye aku selain ubat yang aku makan untuk penyakit aku tu, ubat apa lagi yang aku makan....
mati2 aku cakap takde...
ye la kalo aku cakap ubat apa yang aku makan tu, confirm abg mie mengamuk dengan aku.....
masa tu jugak agaknye dia bunuh aku...
tapi bila doktor cakap ubat tu dah bg effect pada saraf aku, aku jadi takut sangat...
nak taknak terpaksa la aku bgtahu aku makan ubat tidur....
terkejut abg mie bila aku cakap macam tu........
so, terpaksa la aku citer kenapa aku ambik ubat tu kat dia....
marah sangat dia kat aku......
tapi nak buat camane....
aku pun terpaksa jugak...
so, doktr minta aku buang ubat tu..
takut bg effect yang lagi teruk pada aku....
emmm...
ntah la, aku pun serba salah jugak nak buang ke taknak...
sakit kepala aku fikirkan hal ni.....