BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 31, 2009

DAH PINDAH....

emmm....morning semua
awal aku bangun ari ni..
anyway ari ni aku pindah dpp....lega rasanya...
bukan sebab aku akan tinggalkan diorang, tapi aku lega sebab diorang takkan tengok lagi muka yang diorang benci ni...
sekurang-kurangnya diorang takkan lg badmood di bilik bila aku ada.....
doa aku titipkan untuk diorang...
sebab apa yang aku buat ni sebab aku sayang sangat kat diorang...
sku taknak diorang terus muram macam ni sebab adanya aku di sini...
k la...
aku sayang korang..
k

Aug 30, 2009

MASALAH SELESAI

alhamdulillah.....
syukur aku panjatkan ke hadrat ilahi...
akhirnya usaha aku berjaya...
ada jugak insan yang bersimpati dengan aku dan sudi untuk bantu aku...
huhuhu...
macam apa je bunyinya kan???
takde la, betapa susahnya aku nak selesaikan hal ni selama ni..
padahal senang je.... tadi aku jumpa en maliki.. sekejap je selesai. tapi letih betul aku hari ni...
mula2 aku kena cari puan aznita untuk ambik surat aku tu.. pastu aku ke pejabat eon untuk cop borang.
lepas tu ke pjbt cob cari en maliki...
pas tu pergi balik ke eon ambik balik borang tu dan jumpa balik en maliki...
dah jumpa en maliki, dalam masa yang hanya ada baki dalam 15 minit ni aku berkejar plak ke dkg 5 untuk cop dekan cob plak...
nasib baik aku tepon dia suruh tunggu aku, kalau tak dia dah balik.
fuh...
selesai jugak akhirnya...
ari selasa ni aku pindah ke petronas....
semoga aku dapat menjalani hidup yang baru di sana....
insyaallah la.....
k la...
tu je nak citer pun...huhuhu

Aug 29, 2009

????????

lately ni aku selalu update aku punya blog kan???
emmm...
sebenarnya sejak aku banyak masalah ni aku selalu habiskan masa aku di lib...
sekursng-kurangnya aku takkan menangis.....
emmm...
ntah la.........
mak....
adik rindukan mak.....
dik perlukan mak sangat2 sekarang....
adik tertekan sangt2...
nak je adik terjun bangunan kat sini mak.........
tapi ntah la...
adik sabar selagi adik boleh sabar mak......
ari ni aku takde apa sangat nakcakap sebenarnya....
aku dah macam nak gila.....
k la...

Aug 27, 2009

AKU DAN TEKANAN HIDUPKU

hai....
arini aku tak pg satu pun kelas...
aku keluar uruskan pasal dpp aku...
first aku jumpa en keon mintak surat sokongan , tapi dia tak kasi lagi sebab dia cakap aku ada sorokkan sesuatu, taknak luahkan semua ni....
em...
ntah la, kalau di taknak kasi takpe la kan??
nak buat macamna...
tapi bila dia tengok aku dah buat muka sedih mcmtu, terus je dia lembutkan suara dia..
tahu takut...
dia tak tahu dah bape hari aku asyik menangis je...
dia tak tahu sedihnya aku sekarang ni.....
tahu je nak tambahkan kesedihan aku ni...
mahu je aku meraung kuat2 tadi, biar dia tahu betapa aku tengah sedih sangat2...
biar dia tahu betapa beratnya aku rasa sekarang ni.....
dah la takde mak,ayah...........
duk plak jauh2 macam ni...
last2 difitnah oleh kawan yang aku anggap baik sangt2...
bayangkan la apa yang kami bincangkan tu terlampau biasa sangat2 bagi aku...
kadang2 rasanya aku lebih banyak mendengar dari bercakap....
tapi bg aku apa yang kami bincang dibilik, biar la habis di bilik je..
ni ada ke patut dia boleh gtaw kawan bilik lain tentang apa yang kami bincang, lepas pakai nama aku plak tu, cakap aku yang cakap.....
fitnah betul....
tapi takpe la, sekurang-kurangnya aku tahu aku tak bersalah, dan aku tahu sape yang betul2 kawan dan lawan sekarang...
sekurang-kurangnya aku sedar semua...
apa2 pun, semua yang jadi ni banyak mengajar aku erti kekuatan diri...
bak kata hamba allah sorang ni, aku tak boleh selamanya lemah macam ni...
aku hidup bukan untuk orang lain.........
aku hidup untuk aku sendiri...
persetankan orang lain
biar diorang buat apa yang diorang nak
bila dah bosan
diorang akan berhenti dengan sendiri.....
masa tu diorang akan sedar apa yang diorang buat....
huh.....
lega skit....
tak tahu malam ni aku akn menangis ke tak....
aku harap aku akan lebih kuat hari ni.....
demi masa depan aku....
aku kena kuat.........
oh ye...
ada 1 citer..
tadi aku ke fbw....
jumpa dekan..
bila aku sampai dekan takde, jadi staff kat situ suruh aku tunggu...
aku pun tunggu la kat situ....
tiba2 rasa nak g toilet, so aku pg la toilet....
masa aku sampai toilet tu aku dah perasan diorang sandar batu kat pintu tu kasi terbukak ckit...
tapi bila aku masuk aku rasa tak selesa sebab pintu terbukak.....
so, aku ngan bangganya tendang batu yang besar gedabak tu bg tertutup pintu tu...
orang cakap orang yang suka bangga diri ni tak lama....
pintu tu terkunci korang tahu...
aku jerit2 takde orang sebab tandas tu hujung orang tak lalu sangat...
lama jugak la aku kat dalam tu...
dah nak menangis aku...
bayangkan kalo aku kena tido dalam tu malam ni....
tak ke aku mati kat situ je nanti????
fikir punya fikir pastu aku ambik la aku punya ic and then try bukak pinti tu....
fuh akhirnya dapat la jugak walaupun ic aku tu patah....
bila aku bukak je pintu tu, ada sorang lelaki lalu, dia dah tengok aku semacam dah....
dia tanya nape sebab dia terpandang aku punya ic yang patah tu......
aku ngan selamber je cakap ada hantu kejar dan patahkan saya punya ic...
dia dah tercengana dah, apa lg bila dia tercengang macam tu, aku blah je la...
huhuhu...
malu tau kalau orang tahu aku terkunci di toilet....
sumpah aku tak masuk toilet tu lagi lepas ni.....
tak sanggup aku....
k la, aku ni dah la kat kolej lain, macam kolej aku plak duk lama2 kat lab diorang...
huhuhu...
tapi diorang tak tahu pun kan???
huhuhu...
k...
caw....

Aug 25, 2009

Iktibar daripada ayat dibaca berbeza antara insan baca tanpa penghayatan dengan fahami makna

AL-QURAN adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan Allah. Oleh itu, kandungannya merangkumi segala dasar syariat yang ada dalam kitab suci diturunkan sebelumnya. Mereka yang beriman dengan al-Quran akan membaca, memahami, beramal serta mengajarnya kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Oleh itu, jelaslah al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain diberi ganjaran, membaca al-Quran juga menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang jiwanya tidak tenteram.

Berkaitan hal ini, seorang lelaki menemui Ibn Mas’ud meminta nasihat untuk dijadikan penawar bagi mengubati jiwanya yang sedang resah-gelisah, fikiran tidak tenteram, tiada selera makan dan sukar tidur.

Ibn Mas’ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya lelaki itu perlu melakukan tiga perkara iaitu; pertama, membaca al-Quran atau menghadiri tempat orang membaca al-Quran serta mendengar baik-baik bacaan ayat suci al-Quran.

Kedua, menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkan hati kepada Allah dan ketiga, memohon ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran serta kemurnian hati. Andai jiwa masih juga tidak terubat dengan cara itu, mintalah daripada Allah supaya diberi hati lain, kerana hati dimiliki bukan hatinya.

Lelaki berkenaan mengamalkan perkara yang dinasihatkan Ibn Mas’ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya terasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Perlu dijelaskan, membaca al-Quran sama ada memahami maknanya atau tidak adalah ibadat, amalan salih dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Di samping itu, ia juga memberi cahaya yang menyinari hati, keluarga dan tempat al-Quran itu dibaca.

Diriwayatkan daripada Anas, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.” – (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Membaca al-Quran tidak sama dengan membaca buku, majalah atau komik kerana al-Quran adalah wahyu Allah. Jadi, membacanya sudah tentu mempunyai adab tersendiri yang mesti diikuti supaya bacaan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, sama ada untuk dirinya sendiri atau pendengar.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin memberi garis panduan berkaitan adab membaca al-Quran, iaitu adab batin dan zahir. Dimaksudkan adab batin ialah memahami ayat dibaca, ada rasa penghayatan membesarkan kalam Allah, menghadirkan hati, memperhalusi perasaan dan jiwa.

Dengan adab batin ini, kandungan al-Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam lubuk hati si pembaca.

Adab zahir pula banyak dan perlu dipatuhi antaranya membaca al-Quran hendaklah dalam keadaan bersih dan berwuduk, sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan membaca di tempat bersih seperti di rumah atau masjid.

Bagi mereka yang berupaya memahami makna dan maksud ayat dibaca, hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan. Lidahnya menuturkan bacaan kalam Allah, hatinya turut memerhatikan dan memikirkan erti terkandung dalam ayat dibaca.

Allah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Jika al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 82)

Mereka yang dapat memahami kandungan al-Quran, akan berupaya melaksanakan segala ajaran terkandung dalam ayat dibaca. Ketika membaca ayat tasbih maka lidahnya akan memuji Allah. Apabila membaca ayat doa dan istighfar, pembaca akan berdoa dan memohon keampunan Allah.

Membaca al-Quran, sama ada dilakukan oleh orang yang memahami maknanya atau tidak, tetap akan menerima ganjaran pahala daripada Allah. Semuanya itu tetap dianggap sebagai ibadat. Namun, balasan atau ganjaran yang diberi berbeza, bergantung ciri atau adab membacanya.

Pahala orang yang berupaya memahami makna tersirat dalam kalam Allah, menghayati dan berupaya mengambil iktibar, serta patuh pada adab ditetapkan tidak sama dengan pahala mereka yang membacanya tanpa memahami makna dan tidak mematuhi adab.

Namun, dalam apa juga keadaan sekalipun, kesan terhadap pembentukan peribadi orang yang membaca dengan pemahaman makna dan dapat mengambil iktibar daripada ayat yang dibaca tentunya berbeza dengan orang yang membaca al-Quran tanpa penghayatan dan memahami makna.

Aug 23, 2009

my mom my love

mak......
adik rindukan mak sangat2........
adik perlukan mak sekarang ni.............
mak.........
knp diorang jahat sangat ngan adik mak.....
kenapa diorang buat mcm tu....
adik dah tak kuat mak...
adik dah tak larat...............

Aug 22, 2009

Aku.....


Selamanya tak kan pernah berubah

Menjadi sang mentari

Yang selalu bisa melihat

Begitu jelas semua lakumu

Disetiap pagi cerahmu

Begitu penat siangmu

Ataupun juga lelah senjamu

Aku.....

Selamanya juga tak akan pernah menjelma

Menjadi sang rembulan

Yang selalu bisa memandang

Begitu terang parasmu

Diantara kerlip sejuta bintang

Tetapi aku.....

Hanya kan jadi sebuah bayang semu

Yang selalu warnai lembaran putih

Pada detak langkah dan hembusan nafasmu

Menjadi lagu dalam sepimu.....

Sandaran bagi sedihmu.....

Dan kan jadi puisi terindah

Disela senyum,bahagiamu.....

Aku.....

Aku.....

Dan aku.....

Untuk selamanya

Puisi Ramadhan




Malam ini, kan ku rangkai jerit suara hati

Kan ku ukir disetiap jiwaku ini

Wahai malam yang sunyi, dapatkah kau memberi arti

Pekatnya malam gulita yang kau beri

Wahai sunyi aku rapuh, aku hampa tak berarti

Bila tak ada kasih pelita yang menghampiri

Hatiku resah hatiku galau tak bertepi

Andai tak ada kasih yang abadi

Ya Allah yang abadi

Berilah kami petunjuk walau jalan itu berduri

Berilah kami kekuatan hati lapang hidup ini

Agar setiap galau yang menghampiri

Dapat kami suruh untuk pergi dan tak kembali

Ya Allah yang maha suci

Sucikanlah kami dan hati kami ini

Agar aku tak sesat, tak tenggelam di samudra sunyi

Abadilah kami, abadilah cinta nurani

Aug 21, 2009

MR AND MRS MONYET


korang tahu tak apa nama makhluk tuhan yang sekor ni????
kenal kan???
dan korang tahu jugak kan betapa ramainya spesis ni kat sini Kan??
i mean di uum la...
huhuhu......
ni aku nak kasi satu citer untuk korang pasal si m ni.....sje je la aku kasi nama dia m, bagi best skit dengar.....
tadi aku beli makanan.......
bila dah sorang2 malas la aku nak makan kat bilik...
aku pun g la makan deket bawah pekek sebelah blok ap4....
tengah aku best2 makan.....
datang la makhluk ni...
gla betul..........
ngan selamba jer dia boleh ambik aku punya makanan tu........
nak menangis aku tau.......
dah la aku nagh lapar masa tu.......
dia pulak boleh ambik makanan aku.........
nangis2 aku lari.........
wallet aku pun tertinggal kat situ......
tak guna punya monyet ni.......
nasib baik la aku takut, kalo tak, habis la ko kena belasah ngan aku arini......
melampau betul......
apa2 pun semoga ko kenyang la makan nasi aku tu....
huhuhuhu............
dasar monyet.......
mahunya aku sumpah korang jadi batu belah batu betangkup...........
tak pun aku sumpah korang jadi duit........
kaya jugak aku nanti..............
setiap sekor aku sumpah jadi rm100
10 ekor dah dapat satu ribu
cuba korang bayangkan kalo ada beratus-ratus monyet kat uum ni.............
semua aku sumpah jadi duit.....
hehehe......
kaya aku.
dah boleh buat 1 lg uum kat malaysia ni.....
tapi atas nama aku la..........
bagus tak otak aku ni????
hahahaha..
bagus kan??????
emmmmmmmmmm..............
sebelum aku mengarut lebih teruk lagi, baik aku undur diri dulu.......
kan tak pasal2 aku mengarut hal lain plak..........
kkkkkkkkkkkkk........
.

Aug 20, 2009

me and me

semalam aku ke mall.....
ada kerja ckit.....
biasa la aku memang orang yang sentisa sibuk....
sibuk apa pun aku tak tahu la.
agaknya aku ni layak tak jadi perdana menteri malaysia x satu hari nanti???
mana la tahu aku boleh jadi perdana menteri perempuan yang pertama kan???
hehehe...
tinggi betul cita2 aku kan???
aku memang suka bercita-cita tinggi ni..........
huhuhu.........
aku balik dalam jam 7 ptg macam tu.
aku minta azmeer tolong hantarkan aku.....
kesian dia asyik disusahkan oleh aku je........
tapi kan................
sepanjang perjalanan dia hantar aku tu sepatah pun aku tak dengar suara dia......
mahu je aku teriak suruh dia bercakap.
tu la azmeer yang aku kenal.......
SUSAH BERCAKAP DAN SENYUM.......
huhuhu.
jangan la dia baca blog aku ni....
tak pasal2 dia tahu aku kutuk dia nanti...
anyway bila dah sampai muamalat, aku cakap ngan dia.......
" awak, cuba awak senyum ckit "
hehehe......
akhirnya sejarah dicatat, dia senyum...........
dah keluar la stu suara........
hahaha.........
maknanya aku berjaya buat dia senyum dan bercakap............
bagus tak aku????
kadang2 aku rasa si azmeer ni lucu jugak.......
tapi dia baik........
aku tak jemu2 cakap dia baik..........
so, esok kita dah puasa kan????
korang sume ni dah ganti ke belum puasa yang tahun lepas ni???
kalo dah bagus la tu.
contohi la aku ni.......
aku dah ganti aku punya puasa tau........
tapi baru je pon aku ganti.
apa2 pun yang penting aku dah ganti kan???
biasa la, budak bagus memang macam ni.
hehehe........

Aug 19, 2009

ME and HIM

kalau ada yang perasan aku dah delete gambar my honey kat blog aku ni........
so, korang masti faham kan kenapa........
aku dah berpisah dah dengan dia.......
dah tak dapat nak diselamatkan dah hubungan kami...........
ntah la mungkin aku terlampau ego macam yang dia cakap.....
tak kisah la......lagipun selama ni aku rasa aku dah banyak sangat susahkan hidup dia....
betul la apa yang mak aku pernah cakap dulu....
memang bila kita bercinta kita rasa bahagia sampaikan kita rasa dunia ni kita yang punya......
kita tak rasa ada masalah langsung.........
segala-galanya manis.segalanya indah...
tapi bila cinta tu musnah, kita akan rasa sakit sangat kan???
memang la sakit.......
tapi bagi
aku, mungkin memang dia bukan jodoh aku.........
sebab tu hubungan ni jadi macam ni..........
apa2 pun, selama 4 tahun aku kenal dia dari aku sekolah lagi, dia tak pernah buat aku terluka ke apa ke.........
hubungan kami memang meriah.......
tak pernah ada masalah.......
bak kata orang tua2 la, hubungan kami bahagia la sangat2........
sampai kawan2 kami cakap confirm kami kawin lepas habis belajar...........
tapi sekarang????
apa dah jadi dengan ramalan korang ni???
tapi walaupun aku nampak macam pasrah je.......
aku tersangat le sedih jugak.......
ye la, 4 tahun aku dengan dia.......
dia selalu sabar ngan perangai aku ni.......
tak pernah pun dia tinggikan suara dengan aku walaupun sekali......
tak pernah dia mengeluh dengan aku kalau aku buat perangai ngan dia............
dan tak pernah pun dia curang ngan aku........
walaupun dia tahu aku selalu perhati apa yang dia buat, ye la kan, pakwe kita kan,
risau la jugak kalau dia curang dengan aku........tak pernah
dia marah ngan aku........dia akan cakap baik2 dengan aku kalau dia tak suka apa yang
tak aku buat.........
walaupun kadang2 dia suka berleter tentang perangai aku.......
tapi leteran dia tu la yang banyak bantu aku kurangkan perangai aku yang tak elok....
so lepas ni takde la lagi orang yang akan berleter untuk aku bila aku buat salah........
takkan ada lagi deringan tepon jam 6 pagi untuk bangunkan aku solat subuh dan takkan ada lgi deringan tepon untuk aku menanyakan aku dah makan ubat ke belum.......
sedih kan???
apa2 pun aku doakan yang terbaik untuk hidup dia........
mana la tahu dia akn dapat pompuan yang jauh lebih baik dari aku kat tempat dia tu..........

HANTU TAKDE KEPALA

heloooooo.........
ha...
ari ni aku nak cakap pasal hantu...
wujud ke makhluk ni???
macamana rupa dia???
dari mana asal dia???
apa yang dia makan,minum...huhuhu
aku nak cakap apa yang jadi pada aku malam tadi.......
selama ni aku hanya dengar je orang citer pasal hantu.....
hantu pocong, hantu raya, hantu tu, hantu ni.....
selain tu aku suka sangat tengok citer hantu...dah macam2 citer hantu aku tengok.......
pocong, pontianak dan banyak lagi la yang aku tak ingat tajuk2 dia....
tapi yang terbaru aku tengok 2 hari lepas histeria...takde la takut sangat pun...biasa je...

tu la aku rasa setiap kali aku tengok citer hantu...tak takut sanagt....
tapi malam tadi aku betul2 tengok hantu tu....
takde kepala.......... takut betul aku...sampai aku menangis-nangis....ye la sape tak takut kan???
kalau nampak hantu yang biasa2 takpe la jugak, ni yang aku nampak ni takde kepala.......
menggigil badan aku malam tadi.sampai pagi aku tak boleh tidur.....
baru aku tahu macamna kawan aku rasa masa dia nampak hantu kat bilik kami hari tu...
tak hairan la sampai dia balik kampung lepas nampak hantu hari tu........
ketakutan bila kita nampak benda ni lain sangat rasanya..
sampaikan laptop yang aku pegang tu terhempas ke lantai.......
nasib baik la tak hancur laptop tu.........
k la.
untuk korang semua, kalau nampak benda ni, baca la apa2 yang patut......
jangan jadi macam akh baca apa2 masa aku nampak benda tu........
ye la.u........
aku langsung tak bole
bila dah terlampau takut, bismillah pun tak dapat nak baca....
aku tak kisah la kalau korang nak cakap aku ni penakut pun........
memang aku TAKUT sangat.........
k..........

Aug 18, 2009

cinta dah mati

morning.......
tadi pagi aku tepon my honey, lama sanagt aku tak bercakap dengan dia rasanya........
tapi aku rasa menyesal plak tepon dia....
dia cakap aku dah lupakan dia.....
kalau dia bukak blog aku ni, aku nak dia tahu aku tak pernah lupakan dia....
tapi macam yang dia cakap tadi mungkin takde keserasian antara kami lagi sekarang....
aku bukan nak sorokkan masalah aku dari dia, tapi aku taknak dia bersusah payah plak fikirkan masalah aku.......
cukup la aku susahkan orang2 kat sini untuk fikirkan masalah aku.....
apa2 pun yang terjadi hari ni, aku terima........
macam kawan aku cakap, terima la takdir kita........
aku takkan memusuhi dia......
aku akan doakan yang terbaik untuk dia........
semoga dia berjaya dalam hidup dia........
k la, taknak sedih2............
aku nak mandi, nak gi makan........
aku ajak daffi temankan aku makan, tapi dia tak sudi........
huhuhuhu..........
k.
caw.............

tension

aku kat cafe skang ni......
ngah tunggu makanan aku.......
sedih sangat makan sorang2.....
lately ni aku rasa sunyi sangat.......aku rasa kosong sangat2...
aku asyik rindukan mak aku je2,3 hari ni......
aku tak ingatkan orang lain.
aku ingatkan mak je......
emmmm........
tadi my honey call, dia tanya nape dah lama aku tak angkat call dia??
nape dah lama tak balas msj dia......aku juz cakap aku sibuk.......
tapi yang sebenarnya aku tak tahu apa nak cakap ngan dia.....
bila aku berserabut macam ni aku suka marah orang, kalau boleh aku taknak marah dia....
dn aku taknak marah sape2 pun....
sebab tu aku mendiamkan diri.
aku juz duk kat bilik dan menangis je.......
tu la aku.
k la, agaknya makanan aku dah siap........

my mom n me

pernah tak korang rasa rindukan seseorang sampai korang rasa macam nak mati??
sekarang ni aku rindu sangat kat mak aku....
aku terlampau rindukan dia.......
mak aku dah meninggal 3 tahun lepas, tapi aku rasa macam baru semalam aku bercakap dengan dia..rasa macam baru semalam aku bergelak ketawa dengan dia.........
aku rasa macam baru semalam aku kat sisi dia jaga dia yang terlantar sakit....
tak sedar masa tu dah berlalu dan tak mungkin masa tu datang lagi........
malam tadi aku mimpikan mak aku..........dia senyum pada aku......
manis sangat senyuman tu.mungkin dia tahu anak dia sekarang tengah banyak sangat masalah dan memerlukan dia..........
mungkin dia tahu aku terlampau rindukan dia sekarang ni.......
bila aku ada masalah, aku harap sangat mak aku ada kat sisi aku macam dulu......
emmmmmmm
mungkin aku terlampau lemah, tapi kalau korang kat tempat aku, korang akan tahu betapa aku merindui dia.........
bagi aku takde sape2 yang dapat gantikan tempat dia dalam hati aku........
terutamanya perempuan tu....
tak mungkin aku akan anggap dia sebagai mak aku sampai bila2........
korang tahu, bila aku rindukan keluarga aku kat kampung, aku hanya akan termenung dan ingatkan diorang, tapi bila aku rindukan mak aku, aku selalu menangis......aku terlanpau rindukan dia...
aku rindu untuk peluk dia.......
aku nak bagitahu dia aku terlalu sayangkan dia....
sampai bila2 aku akan sayangkan dia.......
dia akan selalu jadi permaisuri di hati aku sampai bila2.........

Aug 17, 2009

PERANG DI IRAQ


Bila membaca berita mengenai plan terbaru Amerika untuk membina pangkalan tentera yg kekal di Iraq, satu di utara, satu di selatan, satu di barat dan satu lagi di tengah Iraq; terasa sayu hati kecil kita. Pembinaan pangkalan-pangkalan tentera yg kekal ini akan melengkapkan penguasaan tentera Amerika ini terhadap bumi Iraq.

Masuk Iraq, sudah 2 kali Amerika menguasai sepenuhnya bumi ummat Islam. Yang sebelumnya ialah di afghanistan; dulu bumi afghan inilah yang menyaksikan kem-kem yang melatih mujahidin-mujahidin seluruh dunia, sebagai persiapan in case tragedi yg menimpa Iraq ini berlaku di mana-mana. Kini bukan sahaja kem-kem tersebut dimusnahkan tapi bumi afghan keseluruhannya turut dikuasai dan dijajah Amerika.

Makin hari, Amerika makin mengganas, makin hari bumi Islam makin dijajah; selepas Iraq mungkin Syria, kemudian Lebanon, kemudian Mesir, Sudan dan entah siapa lagi.

Melihatkan kemaraan penjajah Amerika ini, kita pun jadi hairan. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapakah seolah-olahnya pertolongan Allah tidak bersama kita?

Pertanyaan ini mungkin tidak kita timbulkan secara nyata, tapi jauh di lubuk hati setiap kita, kadang-kadang perasaan itu datang bermain, kenapakah kita tidak dibantu oleh Yang Maha Pencipta?

Saya sendiri, sentiasa tertanya-tanya; walau pun cuba dibuang jauh-jauh perasaan itu, namum persoalan berkenaan sering saja kerap melanda.

Oleh kerana tidak tertahan melayan rasa, maka,ketika menghadiri satu kuliah di sebuah masjid, saya bertanya pada ustaz tersebut

Kata saya:

"Ustaz, nak tanya sikit la; mungkin ini berkait dgn akidah, tapi saya nak minta ustaz jawab jugak. Ini nak tanya kenapa Tuhan tak tolong ummat Islam, asyik kalah je dengan tentera diorang.Nak kata sebab amalan;saya perhatikan dari berita2 tengok di Afghanistan hari tu, geng2 Osama Bin Laden dan taliban sikit punya hebat ka amalan dan semangat jihad depa, sanggup mati syahid, siap buat hudud dan lantik mullah omar sebagai khalifah amirul mukminin.... tapi perang, kalah jugak.. Macam mana Ustaz?"

Jawapannya tak perlu diulang tulis di sini, sebab semua kita rata-ratanya tahu jawapan yang standard, cuma perlu ditanya juga sebagai satu cara untuk meluahkan rasa.

Jika nak dikira kalah, zaman nabi dan sahabat dulu pun banyak kali kalah juga. Pertolongan Allah SWT hanya akan datang jika kita bertakwa sepenuhnya kpd ALLAH SWT dan menjauhkan sebarang maksiat walau pun kecil cuma. Itulah pesan yg selalu Saidina Omar tinggalkan kpd pejuang-pejuangnya setiap kali hendak turun ke medan perang.

Kata Saidina Umar:

"Wahai sahabat-sahabatku sekelian; ketahuilah, jika nak diukur dari segi bilangan, pasukan tentera musuh jauh lebih ramai dari kita. Kalau nak diukur dari segi kekuatan teknologi perang, pasukan musuh jauh lebih hebat dari kita. Kalau nak diukur dari segi pengalaman dan experience perang, pasukan musuh juga jauh lebih berpengalaman drpd kita. Yg membezakan antara kita dan mereka ialah TAKWA. Maka hendaklah kalian bertakwa sebenar2 takwa kpd Allah SWT dan jauhilah maksiat kpdnya; kerana jika kita terlibat dgn maksiat walau sedikit pun maka kita tidak ada bezanya berbanding dgn mereka; maka mudahlah mereka melanyak dan mengalahkan kita"

Rupa2nya, dlm sirah peperangan dlm Islam, TAKWA itulah yg menjadi ukuran...

(Pasal apa Tuhan yang Maha ESA biarkan kapiaq Amerika ini ambik tanahair kita? Pasal apa Tuhan jadikan ramai sangat depa-depa nie? Pasal apa Tuhan bagi kekuatan dan teknologi perang yang gila-gila punya kat depa nie? Pasal apa?)

Makna kata, soalan yg sama yg kita dok tanya pasal tentera Amerika hari ini, lebih seratus lepas, soalan yg sama juga pernah dikemukakan oleh seorang Chief, seorang Pejuang Berani Mati Red Indian bernama Geronimo ini.

Nak tau apa jawapannya?

"Mungkin zaman bangsa kita sudah berlalu; mungkin ini adalah kerja tuhan yang maha esa untuk menggantikan bangsa kita dengan kaum yang lain!!"

Bila teringatkan kemaraan tentera Amerika yg berterusan ini, saya teringatkan kata-kata Geronimo ini, dan dlm masa yg sama saya teringatkan kata-kata orang alim, bahawa di akhir zaman nanti Islam akan naik, tapi sebelum itu bumi ini akan diperintah oleh kaum kuffar untuk beberapa ketika... sebelum Islam kembali berkuasa... dalam apa yg dikatakan sebagai kebangkitan tentera Mahdi Al-Muntazar ke atas tentera Yajud dan Maujud serta gerombolan Dajal.

Mungkin ini semua sebahagian daripada Jadual Allah SWT

AZMEER

helooo..................
aku baru balik dari mall...........
aku mintak si azmeer temankan aku makan hari ni.......
bertuah betul budak tu.......
ada ke patut dia bawak kawan2 dia sekali makan dengan aku.............
tapi ok la.......kawan2 dia ok.baik...ramah
anyway, si azmeer ni kawan yang betul-betul baik....
dia selalu ada bila aku perlukan dia.......
dia tak pernah marah aku kalau aku kacau dia waktu dia banyak kerja....
paling2 pun dia juz muncungkan mulut dia je........
macam tu aku tahu la dia marah.........
hahaha........
tapi kadang2 aku buat tak faham je kalau dia marah pun........
1 je yang aku boleh cakap pasal azmeer ni, dia susah sangat nak senyum.....
tak tahu kenapa...........
kadang2 nak je aku cakap kat dia........
"AWAK TOLONG SENYUM CKIT"
...........hehehe

aku nak sangat tengok macamana rupa dia kalau dia senyum........
huhuhu...........
kalau dengan makwe dia macamane la....
mesti berlatih senyum dulu sebelum jumpa makwe dia.......
hehehe...........
tapi ni juz pandangan peribadi aku je........
mana la tahu dengan aku je dia taknak senyum kan???????
hehehe.......
anyway, suara dia best.......
hehehe........
k la.........

Aug 16, 2009

SPLIT PERSONALITY

lately ni aku asyik bermadah je dalam aku punya blog ni kan???
puisi la, madah la,motvasi la...........
hehehe...........biasa la tu...........
so, korang pernah dengar tak individu yang mempunyai 2 personaliti..
i mean split personality......... sekejap dia jadi orang lain, sekejap dia berubah jadi orang lain...
ada la sorang hamba allah ni yang aku perhatikan mempunyai masalah ni..
sekejap dia adalah dia, tapi sekejap dia akan berubah menjadi orang lain............
i mean, langsung tak sama dengan dia.............
kalau ada sape2 yang tahu, aku juz nak tahu,
ADAKAH INDIVIDU YANG MENGALAMI MASALAH NI SEDAR BAHAWA DIA MENGALAMI MASALAH NI????????????
susah jugak la aku tengok dia ni.............
masalahnya, personaliti dia jahat dan baik
bila dia baik, dia terlampau baik, tapi bila dia jahat, au rasa nak tendang2 dia bagi mampus........huhuhu
tapi kadang2 kesian jugak la kan?????????
bukan dia minta jadi macam tu kan????????
apa2 pun, korang kasi la pendapat........
aku sekarang buat kajian pasal split personality ni...........
semoga hasil kajian aku ni dapat merungkai semua masalah ni kan??????????
ok la.
aku nak pergi mall ni.......
mahu jumpa azmeer.........
bayar duit dia malam tadi.............
k.......
luv you all

Dalam Pahit Itu Ada Manisnya...

Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.

Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh memilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.

Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byk lagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya


~ Edirossa ~

my BIRTHDAY


Hari ni birthday aku....
hepi birthday yang ke 21 untuk aku........
azmeer orang yang paling first wish untuk aku punya birthday mlam tadi....tu pun aku tepon dia......
aku mintak dia nyanyi untuk aku lagu birthday....
tengah mamai2 tu dia nyanyi jugak untuk aku........
kesian dia.....
saje je aku gurau dengan dia........
tapi aku tak cakap la dengan dia aku kat hospital masa tu,aku takut dia risau plak...........
si firdaus ada kasi aku hadiah hari ni............dia kasi aku jam tangan ngan al-quran untuk aku...
terima kasih untuk dia............
mmmmm..............ntah la takde yang istimewa pun pasal birthday aku hari ni........
aku makan sorang2, duduk pun sorang2............
budak2 bilik aku sorang pun tak wish untuk aku lagi...tido lg diorang.
takpe la aku tunggu diorang bangun tido je.hehehe...........

mmmm............apa2 pun,skarang aku dah masuk alam baru...........
i mean, dah besar ckit la............so mybe aku kena matang skit.......
sikit je la.huhuhu
bak kata sorang kawan aku ni, jangan terlampau manja.......
kena kuatkan diri.....
huhuhu.......
tapi aku tengok dia yang manja, bukan aku..........
hehe.......................


SELAMAT ULANG TAHUN


Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..

Semoga panjang umur dalam kebaikan

Semoga murah rezeki lagi diberkati

Semoga detik2 waktu yang mendatang

Adalah kebahagiaan yang tak hilang

Semoga dengan bertambah usiamu

Akan bertambah iman di dadamu



Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..

Jadilah dirimu permata hati jauhari

Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi

Kekalkan senja dengan keindahan

Jangan ada hujan membawa ke malam

Jadilah dirimu seorang hamba mengabdi

Bersyukur berzikir basah di bibir

Redha dengan setiap ketentuan takdir

Dan jadilah dirimu sendiri

Berakhlak dengan sunnah nabi



Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran..

Ikhlas dari hati seorang teman

Terima kasih atas setiap kebaikan

Moga Allah memberi ganjaran

Syukurku pada Tuhan atas pertemuan

Moga ukhwah akan berkekalan

Maafkan diri ini yang serba kekurangan

Yang tak sunyi melakukan kesilapan



Selamat hari lahir akak permata hati

Selamat hari lahir untukmu

Selamat hari lahir kakak senja

Selamat hari lahir sahabatku

Berbahagia hendaknya dirimu

Di dunia dan di akhirat sana..

TANDA-TANDA YOUALL JATUH CINTA

1) You ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu you asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum.. dia ingat kat you ke tak.

2) You jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia, You jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia YOU automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

3) Uiii.. You cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa.. Kekadang YOU rasa You kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari YOU.

4) YOU dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia YOU rasa macam dunia ni YOU yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata YOU tapi YOU pun hairan kenapa YOU mesti ada perasaan macam tu terhadap dia..

5) Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya, YOU simpan sampai penuh almari rumah YOU. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu YOU gigit balik…uiii..ganehnyer.. wakakakak….cam betul jerk! heh…. :?

6) Kadang kala YOU sengaja buat perangai nak bagi dia jeles kat YOU tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya YOU sendiri yang makan hati..tapi YOU tak sedar kenapa You buat macam tu.. kenapa You nak bagi dia jeles kat You?

7) YOU percaya padanya. YOU sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. YOU juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan You tapi You tetap sudi melayan karenahnya.

8) Bila family YOU sebut pasal jodoh, YOU cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak YOU dok terbayang-bayang YOU bersanding dengan dia..cis!!

9) Hmm…itu adalah secebis perasaan YOU kat dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa..kenapa You treat dia bagus semacam jer? Alah mengaku sajalah yang You ni dah jatuh hati padanya..

AND, last but not least…

10) YOU tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA. Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri You sendiri. YOU tau kenapa? Sebab You punya ego tu tinggi sangat…apa susah sangat ker You nak declare yang You ni betul-betul falling in love kat dia..ops..i’m sorry… perempuan memang la susah sikit takut perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada cara tersendiri.

7 pekara pelik yang kita anggap tak heran

1.Aku heran melihat orang yang sudah tau bahwa dia akan mati tapi masih tetap tertawa dan tidak sadar

2.Aku heran melihat otang yang sudah tahu bahwa dunia akan binasa tapi masih tetap mencintainya

3.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahwa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih karena kehilangan sesuatu

4.Aku heran melihat orang yang sudah tahu bahwa di akhirat ada perhitungan,tetapi masih sibuk mengumpulkan harta

5.Aku heran melihat orang yang sudah kenal neraka, tetapi masih melakukan dosa

6 Aku heran melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya

7.Aku heran melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tatapi masih mau mematuhinya


(Ustman Ibn Affan)

Ada kalanya Allah memberikan kesenangan kepada kita

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akankeluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab,

"Aku mahu mencari limaorang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Aug 14, 2009

MISS ALL OF YOURS


ni aku tak cukup tidur....
dah jadi macam apa dah muka aku..........tapi tetap cute kan????




kawan2 aku cakap, diorang nak gambar aku kat sini....
so, aku kasi...bukan nak over....
maklum la lama sanagt tak balik kampung......
semua kawan rindukan aku





so, aku harap gambar2 ni dapat la mengubat rindu korang pada aku yang cute ni........
untuk cg s, tq sebab bukak blog saya.....
anak murid cg yang nakal sangat2 dulu dah baik dahsekarang ni....
dah matang....
saya akan ingat kejadian saya dirotan oleh cg samapi bila2....
k la.....
caw............

me myslf and i




ni time aku kawad ntuk ko k....
mesti korang tertanya kan, kalo aku kawad, sape yang ambik gambar ni????
huhuhu...aku jugak yang ambik..aku duk belakang je.aku akap aku nak g toilet, sempat la aku klip kejap...hehehe



ni masa aku kat gua kelam......sem lepas..

k la, aku letak gambar ni untuk kawan2 sekolah aku....
untuk bdak2 uum, nak tengok aku, tengok je kat muamalat.....

Aug 13, 2009

histeria...............

helooooooooooo........................
anyway aku nak bukak 1 topik tau...
tentang kejadian histeria kat uum ni...
korang rasa la, apa sebenarnya punca utama berlakunya kejadian ni???
adakah sebab banyaknya hantu kat sini atau pun sebab student2 kat sini banyak sanat tekanan...
macam aku la, terlampau banyak tekanan....
kawan2 aku cakap muka aku ni muka masalah....
malam tadi ada kes histeria kat nuamalat...dari awal sampai akhir aku tengok kejadian tu...
masa tu roomate aku ada cakap jangan la tengok, ti jadi pe2 plak, tapi aku degil, aku g tengok jugak.....
akibatnya...............................................
malam tadi aku langsung tak boleh tidur.........
malam ni lagi la, bila semua orang dah balik ni...
aku masuk bilik pun dah rasa seram sejuk je tadi.......
jadi malam ni aku nak tido luar....
awal2 macam tu la...
tapi luar lagi bahaya kan???huhuhu

Aug 11, 2009

salam.....
salam perkenalan untuk semua yang masuk ke blog aku ni...
anyway aku baru je buat blog ni, sambil2 aku duk chatting ngan member2 aku sambil tu aku buat....
jadi pada sape2 yang rasa blog aku ni tak menarik, korang cakap je la...
aku tak ambik hati pun ngan korang....
orang cakap hidup ni kena terima apa je pendapat dari orang sekeliling kita kan????
ape2 pun salam perkenalan untuk korang semua...