BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 28, 2009

raya yang hiba

lama dah tak update blog aku ni...
aku banyak mslah.sebab tu macam tu
anyway terima kasih sangat untuk abg mie..
di saat orang mghukum aku sekarang, dia masih ada di sisi aku dengan sokongan yang tak pernah pudar untuk aku...
terima kasih sangat2...
abg mie cakap ngan aku, sedangkan Allah ampunkan hambanya, Nabi ampunkan umatnya, siapa la kita di dunia ini untuk tidak memaafkan sesama insan kan.....
walaupun dia tak pernah tahu apa yang berlaku, apa yang menyebabkan aku jadi macam ni, tapi dia sentiasa memberi aku sokongan...
emmm....
memang la kata2 tu senang untuk di ucapkan, tapi sukar untuk di lakukan oleh umat manusia..
apa2 pun aku akan tunggu dengan sabar je la kemaafan diorang untuk aku tu..
dah letih sangat aku menangis, meraung...
aku akan kuatkan diri aku...
bak kata sorang kawan aku ni, buat apa nak memaksa orang suka kita kalo dah diorang bencikan
kita..kelak kita je yang akan merana.....
mengharap sesuatu yang tak pasti takde gunanya........
tapi dalam aku mengumpul kekuatan melawan semua dugaan tu, tak aku nafikan titis air matiku jatuh jugak kadang kala..
semakin aku melawan, semakin kuat titisan yang tiba...
apa yang aku boleh cakap,
hanya yang maha berkuasa mampu menentukan segalanya..
aku sebagai hambanya, hanya mampu berdoa semoga dugaan yang aku terima ni, dapat aku harungi dengan tabah...
insyaallah.............

Sep 16, 2009

Puisi cinta untuk ibu

Ibu, kau

memberikan separuh hidupmu

Memberikan banyak
cinta untukku sepanjang hidupmu

Menjadi tempat
mengaduku

Kau memberikan
semangat untukku

Memberikan
waktumu untukku

Hanya kau wanita
yang paling kucintai di dunia ini

Ibu, hanya kau yang mempunyai waktu
untuk mencintaiku

Ibu, hanya air matamu yang mengalir
untukku

Ibu, hanya engkau yang menyerahkan
nyawamu untuk menyelamatkanku

Hanya ada uluran
tanganmu ketika aku menangis

Hanya ada
senyummu ketika aku bersedih

Hanya ada tawamu
ketika aku senang

Ibu, hanya engkau yang ada dalam hatiku

Ibu, seandainya aku bisa menghapus air matamu

Seandainya ibu tahu aku juga merasakan pedihnya hatimu

Aku merasakan jika ibu sedang sedih

Tapi gadis kecilmu ini tidak dapat berbuat seperti yang ibu lakukan padaku

Ibu, seandainya
aku bisa menggantikan kesedihan ibu dengan tawaku

Seandainya aku
bisa memberikan nyawa ini walau hanya separuh dari nyawaku

Seperti yang ibu
lakukan ketika melahirkan aku

Seandainya aku
bisa menjadi tempat mengadumu

Seperti aku yang
bisa mengadu padamu

Aku hanya ingin
menyapu air matamu, ibu….

Aku juga ingin
merasakan perih dan pedih yang ibu rasakan

Ibu, sejuta
cintaku

Sejuta kasihku

Sejuta
perhatianku

Dan sejuta
sujudku ditelapak kakimu….

dku ditelapak kakimu….

Allah, angkatlah
beban ibuku….

Hanya engkau yang

ya engkau yang
bisa

Karena hanya
Engkau tempat mengadu ibuku….

Ibu, aku
mencintaimu dengan sepenuh hati dan jiwaku

Hanya untuk ibu
seorang…

-Gadis kecilmu
yang telah beranjak menuju dewasa-

AKU DAN HIDUPKU...

emmm....
hari ni aku jumpa abg mie.....
aku suka bersembang dengan dia sebab dia selalu buat aku ketawa...
suka melawak...
tapi kadang2 sebelum dia buat lawak aku dah ketawa dah pun......
dari perasaan yang sedih bercampur baur, aku akan ketawa bila bila aku dengar dia cakap,
" ke ina rasa macamane"
ayat tu kalo dia sebut memang akan buat aku ketawa...
hahaha...
jahat betul aku ni kan????
apa2 pun dia selalu buat aku rasa tenang.......
betul kan orang cakap, kalo kita bercakap dengan orang yang betul2 ikhlas mendengar kesedihan kita walaupun dia tak dapat membantu, kita akan rasa kelegaan tu.....
macam yang aku rasa bila aku bersembang dengan dia...
cukup lega.....
dia tak pernah memaksa aku melawan apa yang terjadi....
yang penting releks.....
huh.....
terima kasih untuk dia yang sentiasa berada di sisi aku saat aku memerlukan seorang sahabat....
yang penting dia tak pernah salah faham dengan aku...
tak pernah dia rasa aku menganggap dia lebih dari seorang sahabt walaupun aku selalu memerlukan dia bila aku tertekan.....
dia tetap hormat aku....
tak pernah dia keluarkan kata2 yan akan buat aku terasa..
tak pernah dia merungut pada aku setiap kali aku memerlukan dia....
emmmm...
kadang dia yang akan bertanya keadaan aku.....
aku tahu dia cuba untuk menambahkan keceriaan aku lepas apa yang terjadi 4 hari lepas...
dia cuba buat aku lupa tentang hal tu....
dia cuba buat aku kuat...
tuhan....
syukur....
masih ada insan di sisiku saat ini...
masih ada insan yan betul2 ikhlas di sisiku saat ini......
walau hanya sekejap, aku gembira....
akugembira dengan apa yang terima sekarang......
sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang betul2 ikhlas mengambil berat tentang diriku...
sekurang-kurangnya aku tahu siapa yang akan menangis dan ketawa dengan aku walaupun sekejap.....
insan ini betul2 memberi aku sedikit kekuatan...
insan ini betul2 baik padaku...
insan ini banyak menyedarkan ku untuk menghargai kehidupan yang aku ada....
dia membuat aku menghargai waktu yang aku ada sekarang.....


kalo la aku ada kekuatan, mahu je aku ucapkan pada kawan2ku....
aku nak mereka berada di sisisku saat2 aku sangat memerlukan mereka...
tapi abg mie cakap, jangan paksa mereka....
nanti aku akan bertambah sakit.....
biar mereka sendiri sedar.....
walaupun di saat2 akhir, biar mereka datang dengan ikhlas supaya aku pergi dengan tenang...
tuhan...
sedarkan la mereka...
semoga keberkatan bulan ramadhan n berpihak padaku.....

Sep 15, 2009

kad raya

huhuhu....
sedar tak sedar dah nak raya kan????
aku macam tak terasa puasa dah masuk hari-hari terakhir dah....
apa2 pun untuk korang yang melawati blog aku ni
aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN.......
untuk sahabat2 aku.....
andai ada salah dan silap sepanjang kita bersahabat....
ku rendahkan diriku ku memohon maaf dan ampun semperna hari yang mulia ini....
k.....

insan mulia

semalam saat yang paling genting ku rasakan...
jika tidak kerna seorang insan yang bernama sahabat menyelamatkan ku, aku yakin aku tidak lagi nampar sinar pada hari ini.....
dengan ketiadaan roomate ku di bilik, aku rasakan dunia ku gelap...
ku gagahi menelefon rakan untuk meminta bantuan.....
tapi mungkin nasib tidak menyebelahiku.....
tidak ada sorang pun yang menjawab panggilanku....
sakit yang ku rasa ku tahan sedaya yang mampu sehingga peluh membasahi tubuhku....
tuhan....
sungguh besar ujian ini.....
dalam sakit yang teramat ku gagahi diriku ke bilik sebelah...
hampa....
puas ku ketuk pintu, tapi tiada sahutan dari dalam....
dalam keadaan diriku yang dah terasa seperti dah separuh nyawa ku melangkah ke bilik ku....
dalam sedar tak sedar aku menghubungi orang dia....
ya...
dia sahabat yang sentiasa di sisi....
dia la abg dan rakan bagiku di sini......
mendengarkan suaraku yang dah macam orang nak mati, dia melangkah ke dpp ku.....
dia la yang menghantarku ke hospital malam tadi....
syukur, aku masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ni lagi hari ini.....
syukur ya allah...
insan itu....
tak pernah merungut padaku walau sepatah dengan sikapku padanya.....
sikapku yang hanya memerlukannya dikala aku kesusahan.....
ya allah...
sungguh besar salahku padanya.....
awak....
saya minta maaf.....
saya tahu saya selalu menyusahkan awak...
tak pernah sekali pun awak mengeluh dengan saya.....
saya akan belajar untuk menghargai awak.....
tu janji saya

Sep 14, 2009

mr m.....

benarkah insan yang hadir saat kita memerlukan seseorang di sisi sebagai kekuatan merupakan insan yang betul2 ditakdirkan untuk kita??
adakah betul telahan yang aku buat???
atau insan yang hadir saat kita memerlukan seseorang di sisi hanyalah sekadar penghulur simpati supaya kita tidak terus jatuh tersungkur?????
benarkah dia hadir dengan hati yang ikhlas di saat2 aku memerlukan kekuatan sekarang???
benarkah dia hadir untuk menyinari hidupku sekarang???
mr m........
dia hadir dalam hidupku hari ni....
satu perasaan yang aneh bila dia tahu apa yang terjadi padaku....
dia tahu apa yang aku alami......
siapakah insan ini sebenarnya????
apa yang mendorong dia untuk mendampingi aku????
sikap anehnya membuat aku cukup hairan...
siapakah insan ini??
dari mana dia datang????
atau sekadar untuk menambahkan penderitaan yang aku alami????
ternampak cahaya keikhlasan di wajahnya....
Tuhan....
beri lah aku petunjuk supaya aku tidak salah lagi......
berilah aku petunjuk menilai kebaikan dan keburukan insan ini....
jika benar dia lah insan yang akan memberi aku sedikit sinar kebahagiaan dalam masaku yang singkat ini, aku pasrah menerimanya ya allah....
...........................................................................................

Sep 13, 2009

kerinduan......

hari ni aku menerima satu berita yang sangat mengejutkan aku....
seluruh dunia ku gelap ketika menerima perkhabaran itu....
rasa macam ada batu besar yang menghempas ke tubuhku......
mahu je aku berteriak di sana....
tuhan...
besarnya dugaan untuk ku kali ni....
saat tu 1 persatu wajah insan2 dalam hidupku melintas-lintas di kotak fikiranku....
sehingga memaksa aku memegang pipiku dengan harapan apa yang ku dengar hanyalah satu mimpi buruk dalam hidupku...
berkali-kali pipiku ku tampar...
dan setiap kali jugak aku terasa perit di pipiku....
sahabat di sisi setia menenangkan diri yang dah terlampau lemah dengan berita tersebut.......
aku tahu dia pun terkejut dengan apa yang kami dengar.....
aku kuatkan kakiku melangkah keluar dari situ.....
aku kuatkan diri menerima takdir yang tertulis....
tuhan....
betapa hebatnya takdir untuk kau...
betapa besarnya dugaan untuk ku saat ini....
berikan la aku kekuatan...
berikan la aku ketabahan untuk mengharungi semua ini....
mak.....
adik rindukan mak....
adik rasa hanya mak yang mampu tenangkan adik sekarang ni......
adik rasa pelukkan mak je yang mampu menguatkan adik sekarang ni....
adik tak kuat untuk menerima semua ni mak....
adik tak mampu....
mungkin ke adik akan mengikuti mak di sana selepas ni...

tak ku sangka...
tanda2 kecil yang ku alami akan menyebabkan aku menerima berita sebesar ni dalam hidupku......
perit ku rasakan...
tapi aku redha..
aku pasrah dengan apa yang akan ku lalui selepas ni..
aku harap sebelum aku pergi......
semua orang yang aku sayang sedar betapa aku sangat menyayangi mereka....

sahabat....
bolehke aku mendapat kekuatan dari kamu semua???
boleh ke aku mendapat semangat dari kamu semua???
boleh ke kalian menyokong aku????
boleh ke korang berdiri di sisi ku saat begini???
boleh ke korang bagi sedikit kekuatan korang pada aku???
boleh ke???
boleh ke aku mendapat sedikit cahaya kegembiraan dari korang???
boleh ke aku mendapat sedikit sinar kebahagian dari korang???
boleh ke korang buat untuk aku untuk saat akhir macam ni????
boleh ke?????

takdir.....

tuhan...
jika ini takdir yang dah tertulis untuk aku, aku terima dengan tabah..
aku terima dengan hati yang terbuka....
tapi berilah aku kesempatan melihat dunia ini lagi...
berikan la aku masa untuk melihat mereka dalam hidupku
beri la aku masa untuk ku ucapkan betapa aku sangat menyayangi mereka dalam hidup ku....

tuhan...
aku tahu masa untuk ku hanya beberapa detik...
aku tahu takdir untuk aku terlalu berat..
berikan la aku kekuatan..
berikan la aku ketabahan
berikan aku kekuatan untuk melawan semua ni tuhan...

tuhan
tahukah mereka betapa aku menyayangi mereka??
tahukan mereka betapa aku menghargai mereka dalam hidupku???
tahukah mereka, mereka segalanya untuk aku di sini???
aku merindui mereka...
aku merindui saat2 kami bersama...

jika ketiadaan aku membahagiakan mereka...
aku mohon ya allah..
aku mohon, bahagiakan mereka dengan ketiadaan aku disana...
aku mohon engkau peliharakanlah mereka....

tuhan.....
jika apa yang ku luahkan ini sudah terpenuhi...
aku pasrah...
aku redha...
aku menerima ketentuanmu ya allah...
aku menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.....

Sep 4, 2009

my life

anyway, 2 3 harini aku rasa sangat2 berserabut.walaupun aku dah pindah dpp, aku still rasa tak tenang....
mungkin terlalu banyak dosa yang aku lakukan dalam kehidupan aku selama ni....
kata en keon aku takkan tenang selagi aku tak meluahkan segala-galanya..
tapi aku perlukan kekuatan untuk semua tu...
ok, saya tunggu sampai kamu bersedia, tu la ayat dia setiap kali aku jumpa dia...
dia tunggu aku dengan sabar.
tak pernah dia merungut pada aku kalo aku tak bercakap bila aku jmpa dia.
dia tetap sabar tunggu sampai aku betul2 bersedia...
insyaallah..........
aku tengah cari kekuatan tu.....
aku akan cuba untuk memperbaiki diriku supaya aku boleh mulakan hidup baru aku di sini......
hmmm.......
asyik kesedihan je yang aku tulis lately ni kan???
nak buat macamana dah kesedihan je yang ada dalam 2,3 minggu ni, memang la aku tulis pasal kesedihan...
takde kegembiraan pun..
huh...
syukur dalam kesedihan yang aku lalui masih ada insan yang memahami dan sentiasa memberi semangat pada aku.
masih ada insan yang ikhlas membantu aku tanpa kedengaran sebarang rungutan darinya....
hanya yang maha kuasa dan maha agung yang dapat membalas kebaikan insan ni...
Tuhan..........
berikan la aku kekuatan untuk melalui hari2 yang perit dalam hidup ku ini...
berikan la aku kesabaran dan ketabahan ya allah...
hanya padamu aku memohan....