BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 26, 2010

kasih si kecil

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”


Moral:

Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu.

"Jangan Banyak Ketawa"


SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu.

Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan.

Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : “Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.” (Surah at-Taubah, Ayat 82).

Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan.

Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya berlaku dalam keadaan melampau.

Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi berpandukan arahan hati yang murni.

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian.

Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini.

Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran.

Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah.

Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan yang maha pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama.

Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.

Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka sesuatu yang akan binasa ialah maruah diri.

Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).

Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita banyak ketawa dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita.”

Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif daripada yang positif.

Orang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang, banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'la pernah berkata: “Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah.”

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambanya beriman. Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.

Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata, sesiapa melakukan perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Hal iIni kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku. Maka akan hilanglah kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.

ANGKARA MUKA BUKU

d_ _ _ _ i......
msj yg ko hantar td benar2 buat aku tersentak...
sedih.....
lama sgt ko tak msj aku or bersembang ngan aku...
dah lama sgt rasanye ko tak jaga hati aku macam awal2 kita kenal dulu...
tup...tup ko hantar msj kat aku camtu.....
aku pon hairan sebenarnye nape fb ko takde dalam list aku...
aku ingat memg ko yg padam fb aku.....so...aku diamkan je......
sebab aku ingt kau taknak kawan ngan aku lg...
tiba2 hari ni kau hantar msj kat aku camtu.....
aku sedih sangat...sampai aku menangis....depan kawan aku boleh menangis sebab ko....tak tahu la ko kan...mungkin ko tak rasa bersalah pun dengan ape yang kau cakap kat aku td...
tapi terpulang la kat ko...ko nak fikir ape pun pasal aku...yang aku tahu..aku tak pernah delete ko punye fb macam yg ko cakap......

Aug 25, 2010

aku insan sepi

Siksalah aku. Aku tidak menolak untuk jatuh cinta. Tetapi aku menyerah pada sepi. Seperti Isa Almasih belajar memanggul salib itu. Lukakan. Sedihkan. Meniadakan suka yang pernah kita rajut di halte itu. Aku menghormati keputusanmu untuk pergi dengan surat fatihah. Semoga kau bisa curi tentram untuk sementara waktu.

Kini, aku bermukim dalam cuaca. Mendidik rindu agar mengalah untuk kebaikanmu. Haruskah aku memihak pada kalender. Sehingga kisah cinta bisa ditertawakan. Inilah kita. Menuai rindu setelah filsafat usai. Rindu bukan sekedar kaleidoskop. Jelma masa lalu. Untuk kemudian mencari rindu yang lain untuk masa depan. Apakah ini?

Sepi, akhirnya. Aku kabarkan kepadamu. Cinta memang memabukkan. Maka aku nekat. Tak melihat fana. Apalagi tuhan. Jangan kau lihat kemurtadanku. Sebab imanku sudah dibunuh. Aku hanya ingat bibirmu. Yang membuat Jibril cemburu. Aku tak mau menjadi masa lalumu. Menjadi sekadar mitos pengantar tidurmu. Aku ingin kekal di darahmu. Berdiri bersama Isa Almasih. Memahat luka. Menenggelamkan amuk rindu pada sepi yang terasa semakin sempurna ini.


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

SELAMAT HARI TUA.....

selamat hari jd...
selamat hari jd..
selamat hari jd ina..
selamat hari jd.....
16 ogos...genap umur ku 22 tahun...semoga dengan kedatangan umur baru dalam hidup ini, aku akan menjadi lebih matang...
lebih kiut n lebih kuat dalam menghadapi cabaran dunia yg hanya sementara ini...amin.....
semoga aku akan menjadi lebih dari semalam......dan menjadi yang terbaik untuk hari esok.....insyaallah....

aku seorang perindu......

salam......
selamat menyambut bulan ramadhan.....
huhuhuhu....lama tol tak merapu kat sini kan?
dah bersawang dh blog aku ni....anyway aku sibuk sangat2 sem ni walaupun pada hakikatnye aku hanya ambil 5 subjek je untuk sem ni.....
aku sngat sibuk ngan assigment, midsem, kelas.....( oku tipu...hehehe)
tiap2 hari kena g kelas....sebagai pelajar yg bagus, aku merupakan pelajar yg tidak ponteng kelas untuk sem ni...( hehehee tipu lg...dh banyak kali sgt ponteng kelas...)
emosi aku untuk sem ni semakin teruk...tersangat teruk....kalau sem 3 aku dah macam org tak betul...terumbang-ambing, sem 4 hidup aku ok sikit, tapi sem ni aku sgt tidak ok....
hidup rasa kosong.....macam takde ape2 dlm hidup ni....
kadang2 aku fikir aku patut mati.....takde guna aku ada di dunia ni...
aku kurang bercampur ngan org2 sekeliling aku sekarang ni...bukan taknak...tapi risau....risau kalau aku akan buat mereka tidak selesa dengan sikap aku.....
bila aku ada masalah, fikiran aku akan bercelaru sangat2, time tu, aku cepat naik angin dan akan marah ngan org sekeliling aku...
bukan tidak cuba aku kawal keadaan ni tapi aku tak berdaya...makin cuba, makin aku berserabut...
sebab tu la aku lebih selesa menyendiri....tanpa bergaul sangat ngan org sekeliling aku....
aku lebih selesa berada di bilik aku sendiri....
mungkin ada antara kalian yang memandang sinis perubahan perangai aku...
tapi percaya la, tiada niat ku untuk berperangai begini....
aku hanya insan biasa....
aku hanya mampu mencuba untuk merubah diriku ini menjadi lebih baik dari sebelumnya.....
aku harap lepas ni aku akan menjadi yg terbaik...
amin....