BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 12, 2009

Hari hari usia ku

Banyak ku rasai ,

ramai ku temui ,

aku teruskan lagi ,

Di hati ku ,
aku terus merindui ,

sesuatu yang tak ku temui ,
akhir nya ku jejaki ,

rupa nya telah mati ,
ku renongkan kembali ,
ku tak akan berhenti ,

jasad nya tiada lagi ,
tapi roh nya pasti menanti ,
melihat pencarian ini ,
aku teruskan lagi .

di hati ku ,
akan terus merindui ,

hari hari usia ku ,
banyak ku rasai .............

Mati semut kerana gula .



Ish! Ish! .

Mati semut tu kerana gula
Tahu ke si semut tu kalau terjun ke air gula tu dia boleh mati ???.
Atau ada yg menolak dia ,
atau ada yg menipu dia .

Kalau memang kehendak nya .
Pasti lah kemanisan gula itu terlalu penting untuk si semut hingga sanggup bergadai nyawa .

Boleh kah wanita di umpamakan gula ???.
Atau wanita yang ada kemanisan nya baru boleh di katakan begitu ???.

Apa pula yg di fahamkan dengan kemanisan wanita ,
Budi bahasa ke ? .
Kekayaan ke? .
Kecomelan rupa ke?

Apa kah sebab wanita menjadi rebutan lelaki ???.

Andai lelaki itu semut ,
kemanisan apa yg di cari ????

MARI BERTEKA-TEKI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau

bertanya (Teka Teki ) :



Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan

kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti

akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah

MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".



Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari "

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah

HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu

kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."



IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "

Murid 1 = " Baja "

Murid 2 = " Besi "

Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali =3D " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG

AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan

malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka

kerana gagal memegang amanah."



Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan

sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita

atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "



Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini

adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya

menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



-->nama kan pokok yg hanya wujud di negeri sembilan?

hehehe..

don't do this in ur real life..okeh^_^

kalau wat kat titok.. sedap nih.. hehe

ni name nye hasad al dengki


mean~~ jagalah aurat wahai muslimah diluar sane..



ni da kire bahaya nih..

dan paling x patut-->>>>
|||
||
|


sadis=P

--> heheheeee

Barah Otak

Pernahkah anda mengalami sesuatu peristiwa yang boleh dikata peristiwa pahit yang sukar untuk kita lupakan. Dalam masa yang sama anda sedang berusaha untuk melupakannya. Tentu ada yang katakan pernah dan mungkin ada yang katakan tidak pernah. Tetapi bagaimana kita menanganinya? Bergantung pada anda.

Pada pendapat aku, untuk melupakan sesuatu yang dipanggil perkara pahit atau buruk adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilaksanakan. Mungkin gambaran yang sering terpancar di dalam kotak fikiran kita berulang kali, membuatkan ia tidak ubah seperti sebuah mesin 'reminder' yang membantu kita untuk sentiasa teringat pada sesuatu peristiwa tersebut.

Apabila gambaran yang terpancar di dalam kotak fikiran kita sering saja dimainkan, maka secara tidak langsung episod tambahan yang mungkin ditokok tambah isinya juga akan berlaku. Dengan kata lain, tanggapan dan kebarangkalian untuk terjadinya kembali, mengapa terjadi, siapa pelakonnya, di mana tempat kejadian dan paling penting bagaimanakah ianya boleh terjadi sering saja bermain dalam kotak fikiran yang kita sebut otak. Adakah tanggapan dan kebarangkalian yang timbul itu boleh didiamkan begitu saja? Ya, tentulah tidak. Oleh kerana itulah persoalan demi persoalan akan timbul memenuhi kotak fikiran kita yang mungkin sedang sempit tika itu. Jalan yang paling mujarab untuk melegakan tentang itu adalah mengajukan persoalan.

Selari dengan hukum alam, setiap soalan mestilah dikawankan dengan jawapan. Maka setiap jawapan yang diberikan perlulah ada nilai yang munasabah untuk dikelaskan sebagai logik akal. Maka dengan itu, faktor emosi juga akan memainkan peranan di mana kita akan terdorong untuk jeremus ke arah perbuatan atau perlakuan yang kita panggil tindakan luar kawal. Perbuatan tindakan luar kawal ini merangkumi segala macam aspek. Dari segi pertuturan dan tingkah laku kita, sedikit sebanyak akan mempengaruhi keadaan sekeliling. Mungkin perbuatan atau pertuturan kita akan mendatangkan impak yang sangat besar terhadap sesuatu individu atau objek lain sehinggakan mungkin terjadinya perilaku yang dipanggil tindakbalas.

Selalunya tindakbalas yang diterima akan mendatangkan beban atau tekanan pada kita kembali. Walhal apa yang kita inginkan adalah jawapan yang selogik mungkin untuk memuaskan hati yang sering saja dibelenggu perasaan ingin tahu yang sedang membuak-buak. Walaupun telah dikhabarkan sebelum ini, mungkin jawapan yang telah diberikan itu masih belum dapat memuaskan hati sehingga dapat disalurkan ke otak untuk diproses menjadi jawapan yang dipanggil paling muktamad.

Tindakbalas yang diterima biasanya akan menjadi beban tambahan yang akan diklasifikasikan sebagai masalah baru. Sehubungan dengan ini, masalah yang baru diwujudkan oleh kita itu akan menjadikannya satu lagi beban yang mungkin tidak terpikul dek akal kita, memandangkan beban yang sedia ada masih lagi tidak terlunas hutang piutangnya. Kemurungan atau tindakan agresif yang berpanjangan mungkin bakal menimpa kita. Siapa tahu?

Dari sudut lain pula, fikiran yang dipengaruhi dengan persoalan yang tiada jawapan biasanya lebih cenderung ke arah pemikiran yang negetif. Sehala dengan pemikiran yang negetif maka akan lahirlah emosi yang lebih murung. Kadang kala, pemikiran yang terlampau negetif juga akan berpontensi untuk menjadikan seseorang itu bertindak lebih agresif dalam keadaan yang berada di dalam luar kawal.

Kesimpulannya melupakan sesuatu peristiwa pahit atau jijik itu adalah jalan yang terbaik. Kita tidak perlu menjadikannya barah yang hanya bermain-main di dalam kotak fikiran kita. Tetapi bagaimanakan cara yang paling sesuai untuk ke arah itu? Mungkin dorongan dari sesuatu pihak adalah cara yang terbaik. Tetapi dorongan yang bagaimana? Adalah hanya berdiam diri itu adalah suatu dorongan? Adakah dengan tidak ambil peduli itu juga satu dorongan? Kerana masa yang kita ada sebenarnya adalah sangat singkat untuk kita terus berdiam diri saja.

Sila berikan jawapan. Paling tidak hembuskanlah sedikit nafas untuk didengar sebagai ganti jawapan.



  • Adakah anda pernah berada di dalam kategori ini? Sama-sama fikirkanlah, adakah ianya disebabkan sesuatu atau disengajakan oleh sesuatu? Renungkanlah.

Oct 4, 2009

emmmm....
anyway aku nak citer 1 benda kat korang..
pastu kalo rajin korang komen la untuk aku....HUHUHU...
hari rabu lepas aku ada intergrasi kat pusat sukan uum..
dalam kul 8 malam macam tu aku pegi la dengan kawan2 aku...
konon2 kawan baru aku kat sini la
huhuhu....
wah, dah sampai sane ornag dah ramai, kami pun apa lagi masuk la baris...
n then lepas take antendence kami pun duduk la...
bangga memang bangga..bayangkan kami ditempatkan di kerusi bersebelahan pentas utama...
huhuhu...
bahagianye kami....
siap kami bising lagi kat situ....
tapi tu bukan topik utama yang aku nak citer pada korang...
lebih kurang jam 10 macam tu kami dah rasa bosan n nak blah...hahaha..
dah la duk depan selamba je kami melangkah untuk pulang.
maklumla, esok pg tu aku ada kelaz plak..
jadi tu yang wat aku malas nak tunggu lama2 tu...
malang tak berbau....
masa aku jalan sampai kat gelanggang tenis tu, tiba2 kaki aku tak boleh melangkah....
dan aku jatuh kat situ...
cuba bangun pun tak dapat..
kaki aku seolah2 tak dapat berfungsi langsung...
kawan2 cukup panik masa tu...
aku???
kalo diorang dah panik tahap gila macam tu, aku dah tentu2 macam nak mati....
macam nak meraung je kuat2 kat situ...
aku suruh kawan aku tpon abg mie...
dalam 10 minit abg mie sampai....
dia bawak aku ke pku.....
masa tu aku dah bimbang dah,
macamne kalo aku terus tak dapat berjalan???
apa akan jadi dengan aku???
tapi jujur aku cakap, kalo aku tak dapat berjalan, confirm aku bunuh diri masa tu....
huhuhuhu.....
anyway dah sampai pku, doktor bg aku 1 suntikan...
dalam setengah jam macam tu aku dapat berjalan balik...
fuh!!!!
satu kelegaan yang amat sangat aku rasakan.....
so lepas tu pa lg, sesi soal jawab ngan doktor la....
dktor tanye aku selain ubat yang aku makan untuk penyakit aku tu, ubat apa lagi yang aku makan....
mati2 aku cakap takde...
ye la kalo aku cakap ubat apa yang aku makan tu, confirm abg mie mengamuk dengan aku.....
masa tu jugak agaknye dia bunuh aku...
tapi bila doktor cakap ubat tu dah bg effect pada saraf aku, aku jadi takut sangat...
nak taknak terpaksa la aku bgtahu aku makan ubat tidur....
terkejut abg mie bila aku cakap macam tu........
so, terpaksa la aku citer kenapa aku ambik ubat tu kat dia....
marah sangat dia kat aku......
tapi nak buat camane....
aku pun terpaksa jugak...
so, doktr minta aku buang ubat tu..
takut bg effect yang lagi teruk pada aku....
emmm...
ntah la, aku pun serba salah jugak nak buang ke taknak...
sakit kepala aku fikirkan hal ni.....

Oct 3, 2009

aku....

semalam aku ke hospital....
abg mie temankan aku ke sana..
kalo boleh memang aku taknak menyusahkan dia...
tapi dia cakap dia tak rasa susaah pun...
doktor buat test darah aku...
minggu depan dia suruh datang lagi..
hai, letihnye aku dengan penyakit ni..
nape la tak mati je...kan senang..
tapi bila aku cakap macam tu, abg mie cukup marah pada aku...
dia memang tak suka aku mengalah macam ni...
selagi ada kudrat aku, aku perlu melawan...
tu katanye...
ya allah...
terima kasih kerana mengirimkan aku insan ini dalam hidupku...
terima kasih ya allah....