BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 12, 2009

Barah Otak

Pernahkah anda mengalami sesuatu peristiwa yang boleh dikata peristiwa pahit yang sukar untuk kita lupakan. Dalam masa yang sama anda sedang berusaha untuk melupakannya. Tentu ada yang katakan pernah dan mungkin ada yang katakan tidak pernah. Tetapi bagaimana kita menanganinya? Bergantung pada anda.

Pada pendapat aku, untuk melupakan sesuatu yang dipanggil perkara pahit atau buruk adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilaksanakan. Mungkin gambaran yang sering terpancar di dalam kotak fikiran kita berulang kali, membuatkan ia tidak ubah seperti sebuah mesin 'reminder' yang membantu kita untuk sentiasa teringat pada sesuatu peristiwa tersebut.

Apabila gambaran yang terpancar di dalam kotak fikiran kita sering saja dimainkan, maka secara tidak langsung episod tambahan yang mungkin ditokok tambah isinya juga akan berlaku. Dengan kata lain, tanggapan dan kebarangkalian untuk terjadinya kembali, mengapa terjadi, siapa pelakonnya, di mana tempat kejadian dan paling penting bagaimanakah ianya boleh terjadi sering saja bermain dalam kotak fikiran yang kita sebut otak. Adakah tanggapan dan kebarangkalian yang timbul itu boleh didiamkan begitu saja? Ya, tentulah tidak. Oleh kerana itulah persoalan demi persoalan akan timbul memenuhi kotak fikiran kita yang mungkin sedang sempit tika itu. Jalan yang paling mujarab untuk melegakan tentang itu adalah mengajukan persoalan.

Selari dengan hukum alam, setiap soalan mestilah dikawankan dengan jawapan. Maka setiap jawapan yang diberikan perlulah ada nilai yang munasabah untuk dikelaskan sebagai logik akal. Maka dengan itu, faktor emosi juga akan memainkan peranan di mana kita akan terdorong untuk jeremus ke arah perbuatan atau perlakuan yang kita panggil tindakan luar kawal. Perbuatan tindakan luar kawal ini merangkumi segala macam aspek. Dari segi pertuturan dan tingkah laku kita, sedikit sebanyak akan mempengaruhi keadaan sekeliling. Mungkin perbuatan atau pertuturan kita akan mendatangkan impak yang sangat besar terhadap sesuatu individu atau objek lain sehinggakan mungkin terjadinya perilaku yang dipanggil tindakbalas.

Selalunya tindakbalas yang diterima akan mendatangkan beban atau tekanan pada kita kembali. Walhal apa yang kita inginkan adalah jawapan yang selogik mungkin untuk memuaskan hati yang sering saja dibelenggu perasaan ingin tahu yang sedang membuak-buak. Walaupun telah dikhabarkan sebelum ini, mungkin jawapan yang telah diberikan itu masih belum dapat memuaskan hati sehingga dapat disalurkan ke otak untuk diproses menjadi jawapan yang dipanggil paling muktamad.

Tindakbalas yang diterima biasanya akan menjadi beban tambahan yang akan diklasifikasikan sebagai masalah baru. Sehubungan dengan ini, masalah yang baru diwujudkan oleh kita itu akan menjadikannya satu lagi beban yang mungkin tidak terpikul dek akal kita, memandangkan beban yang sedia ada masih lagi tidak terlunas hutang piutangnya. Kemurungan atau tindakan agresif yang berpanjangan mungkin bakal menimpa kita. Siapa tahu?

Dari sudut lain pula, fikiran yang dipengaruhi dengan persoalan yang tiada jawapan biasanya lebih cenderung ke arah pemikiran yang negetif. Sehala dengan pemikiran yang negetif maka akan lahirlah emosi yang lebih murung. Kadang kala, pemikiran yang terlampau negetif juga akan berpontensi untuk menjadikan seseorang itu bertindak lebih agresif dalam keadaan yang berada di dalam luar kawal.

Kesimpulannya melupakan sesuatu peristiwa pahit atau jijik itu adalah jalan yang terbaik. Kita tidak perlu menjadikannya barah yang hanya bermain-main di dalam kotak fikiran kita. Tetapi bagaimanakan cara yang paling sesuai untuk ke arah itu? Mungkin dorongan dari sesuatu pihak adalah cara yang terbaik. Tetapi dorongan yang bagaimana? Adalah hanya berdiam diri itu adalah suatu dorongan? Adakah dengan tidak ambil peduli itu juga satu dorongan? Kerana masa yang kita ada sebenarnya adalah sangat singkat untuk kita terus berdiam diri saja.

Sila berikan jawapan. Paling tidak hembuskanlah sedikit nafas untuk didengar sebagai ganti jawapan.



  • Adakah anda pernah berada di dalam kategori ini? Sama-sama fikirkanlah, adakah ianya disebabkan sesuatu atau disengajakan oleh sesuatu? Renungkanlah.

No comments:

Post a Comment