BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 31, 2009

DAH PINDAH....

emmm....morning semua
awal aku bangun ari ni..
anyway ari ni aku pindah dpp....lega rasanya...
bukan sebab aku akan tinggalkan diorang, tapi aku lega sebab diorang takkan tengok lagi muka yang diorang benci ni...
sekurang-kurangnya diorang takkan lg badmood di bilik bila aku ada.....
doa aku titipkan untuk diorang...
sebab apa yang aku buat ni sebab aku sayang sangat kat diorang...
sku taknak diorang terus muram macam ni sebab adanya aku di sini...
k la...
aku sayang korang..
k

Aug 30, 2009

MASALAH SELESAI

alhamdulillah.....
syukur aku panjatkan ke hadrat ilahi...
akhirnya usaha aku berjaya...
ada jugak insan yang bersimpati dengan aku dan sudi untuk bantu aku...
huhuhu...
macam apa je bunyinya kan???
takde la, betapa susahnya aku nak selesaikan hal ni selama ni..
padahal senang je.... tadi aku jumpa en maliki.. sekejap je selesai. tapi letih betul aku hari ni...
mula2 aku kena cari puan aznita untuk ambik surat aku tu.. pastu aku ke pejabat eon untuk cop borang.
lepas tu ke pjbt cob cari en maliki...
pas tu pergi balik ke eon ambik balik borang tu dan jumpa balik en maliki...
dah jumpa en maliki, dalam masa yang hanya ada baki dalam 15 minit ni aku berkejar plak ke dkg 5 untuk cop dekan cob plak...
nasib baik aku tepon dia suruh tunggu aku, kalau tak dia dah balik.
fuh...
selesai jugak akhirnya...
ari selasa ni aku pindah ke petronas....
semoga aku dapat menjalani hidup yang baru di sana....
insyaallah la.....
k la...
tu je nak citer pun...huhuhu

Aug 29, 2009

????????

lately ni aku selalu update aku punya blog kan???
emmm...
sebenarnya sejak aku banyak masalah ni aku selalu habiskan masa aku di lib...
sekursng-kurangnya aku takkan menangis.....
emmm...
ntah la.........
mak....
adik rindukan mak.....
dik perlukan mak sangat2 sekarang....
adik tertekan sangt2...
nak je adik terjun bangunan kat sini mak.........
tapi ntah la...
adik sabar selagi adik boleh sabar mak......
ari ni aku takde apa sangat nakcakap sebenarnya....
aku dah macam nak gila.....
k la...

Aug 27, 2009

AKU DAN TEKANAN HIDUPKU

hai....
arini aku tak pg satu pun kelas...
aku keluar uruskan pasal dpp aku...
first aku jumpa en keon mintak surat sokongan , tapi dia tak kasi lagi sebab dia cakap aku ada sorokkan sesuatu, taknak luahkan semua ni....
em...
ntah la, kalau di taknak kasi takpe la kan??
nak buat macamna...
tapi bila dia tengok aku dah buat muka sedih mcmtu, terus je dia lembutkan suara dia..
tahu takut...
dia tak tahu dah bape hari aku asyik menangis je...
dia tak tahu sedihnya aku sekarang ni.....
tahu je nak tambahkan kesedihan aku ni...
mahu je aku meraung kuat2 tadi, biar dia tahu betapa aku tengah sedih sangat2...
biar dia tahu betapa beratnya aku rasa sekarang ni.....
dah la takde mak,ayah...........
duk plak jauh2 macam ni...
last2 difitnah oleh kawan yang aku anggap baik sangt2...
bayangkan la apa yang kami bincangkan tu terlampau biasa sangat2 bagi aku...
kadang2 rasanya aku lebih banyak mendengar dari bercakap....
tapi bg aku apa yang kami bincang dibilik, biar la habis di bilik je..
ni ada ke patut dia boleh gtaw kawan bilik lain tentang apa yang kami bincang, lepas pakai nama aku plak tu, cakap aku yang cakap.....
fitnah betul....
tapi takpe la, sekurang-kurangnya aku tahu aku tak bersalah, dan aku tahu sape yang betul2 kawan dan lawan sekarang...
sekurang-kurangnya aku sedar semua...
apa2 pun, semua yang jadi ni banyak mengajar aku erti kekuatan diri...
bak kata hamba allah sorang ni, aku tak boleh selamanya lemah macam ni...
aku hidup bukan untuk orang lain.........
aku hidup untuk aku sendiri...
persetankan orang lain
biar diorang buat apa yang diorang nak
bila dah bosan
diorang akan berhenti dengan sendiri.....
masa tu diorang akan sedar apa yang diorang buat....
huh.....
lega skit....
tak tahu malam ni aku akn menangis ke tak....
aku harap aku akan lebih kuat hari ni.....
demi masa depan aku....
aku kena kuat.........
oh ye...
ada 1 citer..
tadi aku ke fbw....
jumpa dekan..
bila aku sampai dekan takde, jadi staff kat situ suruh aku tunggu...
aku pun tunggu la kat situ....
tiba2 rasa nak g toilet, so aku pg la toilet....
masa aku sampai toilet tu aku dah perasan diorang sandar batu kat pintu tu kasi terbukak ckit...
tapi bila aku masuk aku rasa tak selesa sebab pintu terbukak.....
so, aku ngan bangganya tendang batu yang besar gedabak tu bg tertutup pintu tu...
orang cakap orang yang suka bangga diri ni tak lama....
pintu tu terkunci korang tahu...
aku jerit2 takde orang sebab tandas tu hujung orang tak lalu sangat...
lama jugak la aku kat dalam tu...
dah nak menangis aku...
bayangkan kalo aku kena tido dalam tu malam ni....
tak ke aku mati kat situ je nanti????
fikir punya fikir pastu aku ambik la aku punya ic and then try bukak pinti tu....
fuh akhirnya dapat la jugak walaupun ic aku tu patah....
bila aku bukak je pintu tu, ada sorang lelaki lalu, dia dah tengok aku semacam dah....
dia tanya nape sebab dia terpandang aku punya ic yang patah tu......
aku ngan selamber je cakap ada hantu kejar dan patahkan saya punya ic...
dia dah tercengana dah, apa lg bila dia tercengang macam tu, aku blah je la...
huhuhu...
malu tau kalau orang tahu aku terkunci di toilet....
sumpah aku tak masuk toilet tu lagi lepas ni.....
tak sanggup aku....
k la, aku ni dah la kat kolej lain, macam kolej aku plak duk lama2 kat lab diorang...
huhuhu...
tapi diorang tak tahu pun kan???
huhuhu...
k...
caw....

Aug 25, 2009

Iktibar daripada ayat dibaca berbeza antara insan baca tanpa penghayatan dengan fahami makna

AL-QURAN adalah kitab suci diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai satu rahmat yang tiada bandingnya bagi seluruh alam. Penurunannya adalah semata-mata untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia ini.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Sesungguhnya al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan Allah. Oleh itu, kandungannya merangkumi segala dasar syariat yang ada dalam kitab suci diturunkan sebelumnya. Mereka yang beriman dengan al-Quran akan membaca, memahami, beramal serta mengajarnya kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Membaca al-Quran adalah amalan mulia. Sesiapa yang membacanya akan dianugerahkan pahala berlipat ganda pada setiap huruf yang dibaca seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka dia akan mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan itu nilainya sepuluh kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa, Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” – (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Oleh itu, jelaslah al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi mereka yang beriman, sama ada ketika senang atau susah. Selain diberi ganjaran, membaca al-Quran juga menjadi ubat atau penawar bagi mereka yang jiwanya tidak tenteram.

Berkaitan hal ini, seorang lelaki menemui Ibn Mas’ud meminta nasihat untuk dijadikan penawar bagi mengubati jiwanya yang sedang resah-gelisah, fikiran tidak tenteram, tiada selera makan dan sukar tidur.

Ibn Mas’ud menyatakan bahawa untuk mengubatinya lelaki itu perlu melakukan tiga perkara iaitu; pertama, membaca al-Quran atau menghadiri tempat orang membaca al-Quran serta mendengar baik-baik bacaan ayat suci al-Quran.

Kedua, menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkan hati kepada Allah dan ketiga, memohon ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran serta kemurnian hati. Andai jiwa masih juga tidak terubat dengan cara itu, mintalah daripada Allah supaya diberi hati lain, kerana hati dimiliki bukan hatinya.

Lelaki berkenaan mengamalkan perkara yang dinasihatkan Ibn Mas’ud. Dia pergi mengambil wuduk kemudian membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selepas sempurna membaca al-Quran, jiwanya terasa begitu tenang dan tenteram, manakala kegelisahannya hilang sama sekali.

Perlu dijelaskan, membaca al-Quran sama ada memahami maknanya atau tidak adalah ibadat, amalan salih dan memberi rahmat serta manfaat bagi mereka yang melakukannya. Di samping itu, ia juga memberi cahaya yang menyinari hati, keluarga dan tempat al-Quran itu dibaca.

Diriwayatkan daripada Anas, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.” – (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Membaca al-Quran tidak sama dengan membaca buku, majalah atau komik kerana al-Quran adalah wahyu Allah. Jadi, membacanya sudah tentu mempunyai adab tersendiri yang mesti diikuti supaya bacaan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya, sama ada untuk dirinya sendiri atau pendengar.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin memberi garis panduan berkaitan adab membaca al-Quran, iaitu adab batin dan zahir. Dimaksudkan adab batin ialah memahami ayat dibaca, ada rasa penghayatan membesarkan kalam Allah, menghadirkan hati, memperhalusi perasaan dan jiwa.

Dengan adab batin ini, kandungan al-Quran yang dibaca dengan perantaraan lidah dapat bersemi dalam jiwa dan meresap ke dalam lubuk hati si pembaca.

Adab zahir pula banyak dan perlu dipatuhi antaranya membaca al-Quran hendaklah dalam keadaan bersih dan berwuduk, sebaik-baiknya hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan membaca di tempat bersih seperti di rumah atau masjid.

Bagi mereka yang berupaya memahami makna dan maksud ayat dibaca, hendaklah membacanya dengan penuh perhatian dan penghayatan. Lidahnya menuturkan bacaan kalam Allah, hatinya turut memerhatikan dan memikirkan erti terkandung dalam ayat dibaca.

Allah menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Jika al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 82)

Mereka yang dapat memahami kandungan al-Quran, akan berupaya melaksanakan segala ajaran terkandung dalam ayat dibaca. Ketika membaca ayat tasbih maka lidahnya akan memuji Allah. Apabila membaca ayat doa dan istighfar, pembaca akan berdoa dan memohon keampunan Allah.

Membaca al-Quran, sama ada dilakukan oleh orang yang memahami maknanya atau tidak, tetap akan menerima ganjaran pahala daripada Allah. Semuanya itu tetap dianggap sebagai ibadat. Namun, balasan atau ganjaran yang diberi berbeza, bergantung ciri atau adab membacanya.

Pahala orang yang berupaya memahami makna tersirat dalam kalam Allah, menghayati dan berupaya mengambil iktibar, serta patuh pada adab ditetapkan tidak sama dengan pahala mereka yang membacanya tanpa memahami makna dan tidak mematuhi adab.

Namun, dalam apa juga keadaan sekalipun, kesan terhadap pembentukan peribadi orang yang membaca dengan pemahaman makna dan dapat mengambil iktibar daripada ayat yang dibaca tentunya berbeza dengan orang yang membaca al-Quran tanpa penghayatan dan memahami makna.

Aug 23, 2009

my mom my love

mak......
adik rindukan mak sangat2........
adik perlukan mak sekarang ni.............
mak.........
knp diorang jahat sangat ngan adik mak.....
kenapa diorang buat mcm tu....
adik dah tak kuat mak...
adik dah tak larat...............

Aug 22, 2009

Aku.....


Selamanya tak kan pernah berubah

Menjadi sang mentari

Yang selalu bisa melihat

Begitu jelas semua lakumu

Disetiap pagi cerahmu

Begitu penat siangmu

Ataupun juga lelah senjamu

Aku.....

Selamanya juga tak akan pernah menjelma

Menjadi sang rembulan

Yang selalu bisa memandang

Begitu terang parasmu

Diantara kerlip sejuta bintang

Tetapi aku.....

Hanya kan jadi sebuah bayang semu

Yang selalu warnai lembaran putih

Pada detak langkah dan hembusan nafasmu

Menjadi lagu dalam sepimu.....

Sandaran bagi sedihmu.....

Dan kan jadi puisi terindah

Disela senyum,bahagiamu.....

Aku.....

Aku.....

Dan aku.....

Untuk selamanya