BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 21, 2010

HARUS AKU TERUSKAN......

kanan dan kiri suramnya terasa
cuba fahami apa yang terjadi
tidak tertanggung beban dialami
mengapa terjadi sebegini

tiada guna bertanya semua yang terjadi
janjiku pada diri
hidup harus aku teruskan
tuhan berikan sinar harapan
hembuskan suatu kekuatan
kumohon jauhkan dari kegelapan ini
agar bisa aku teruskan

walaupun lelah untuk menghadapi
mengalah bukan jalan yang ada
walaupun berat segala didada
ku pasti mengharungi keakhirnya

tiada guna bertanya
semua yang terjadi
janji ku kepada diri
hidup harus aku teruskan
ku hanya insan yang kerdil didunia ini
tunjukan ku jalan harapan

genggami tangan ini oh teman
dari saat aku memerlukan
dan bila waktu untuk melangkah pergi
berikanlah daku cahaya
tabahkan jiwaku oh tuhan...........................

Aug 28, 2010

Allah says…..




If you never felt pain,
then how would you know that I’m a Healer?


If you never went through
difficulties, How would you know that I’m a Deliverer?


If you never had a trial,
How could you call yourself an overcomer?


If you never felt sadness,
How would you know that I’m a Comforter?


If you never made a mistake,
How would you know that I’m forgiving?


If you knew all, How would
you know that I will answer your questions?


If you never were in
trouble, How would you know that I will come to your rescue?


If you never were broken,
Then how would you know that I can make you whole?


If you never had a problem,
How would you know that I can solve them?


If I gave you all things,
How would you appreciate them?


If I never corrected you,
How would you know that I love you?


If you had all power,
Then how would you learn to depend on Me?


If your life was perfect,
Then what would you need Me for?

lelaki


Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, Saifullah,

Tokoh ramai tak terkira,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya menunduk lemah,

Tokohnya sedikit sekali,

Ramainya boneka yahudi.

Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya tenang dihati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,

Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,

Ribuan wanita suci dipenjara,

Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga,

Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

Bila wanita dibawah jagaannya,

Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanita dibiar bebas, binasa.

Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai kemuliaan agama,

Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah,

Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,

Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.

Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah,

Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,

Pada kelelakianmu,

Kami rindukan lelaki dulu,

Acuan madrasah Rasul.

IMAN MAHDI YANG MISTERI

Imamul Mahdi adalah misteri,
Walaupun banyak hadis yang bercerita,
Hendak dihuraikan secara nyata amat sulitnya,
Hendak ditolak payah juga,
Hadis mengenainya terlalu banyak
Bahkan ada yang bertaraf masyhur,
Siapa pun di kalangan ulama, ditanya tidak akan puas,
Bahkan akan berlaku ikhtilaf di kalangan mereka,
Siapa saja yang boleh menerangkan tentang Imamul Mahdi secara puas,
Dialah orang penting dan orang kanannya,
Kerana dia menghurainya dibantu dengan ilham
Dan berita-berita ghaib,
Siapa yang bukan orang kanannya
Hanya boleh menghurai di sekitar hadis saja,
Siapa orang kanannya, dia menghurai dibantu oleh ilham
Atau berita ghaib menguatkannya,
Orang kanannyalah lebih tahu tentang Imamul Mahdi Al-Muntazar,
Selainnya hanya boleh menghurai secara rambang,
Bahkan orang kanannya boleh berhubung
Dengan Imamul Mahdi di waktu-waktu tertentu,
Dapat panduan, dapat bimbingan, dapat berita ghaib akhir zaman,
Kerana itulah dia boleh menceritakan
Tentang Imamul Mahdi dengan tepat dan puas,
Walaupun begitu, bukan semua orang boleh menerimanya,
Lebih-lebih lagi para ulamanya bukan senang hendak percaya,
Bahkan setelah lahirnya pun
Para ulama ada yang menentangnya,
Di waktu itu mereka akan nahas,
Mereka akan menerima padahnya hasil penentangannya.

Kenapa aku diuji?


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan “kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Al-Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)

Kenapa ujian seberat ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah: 286)

Kecewa?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Ali-Imran: 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Ali-Imran: 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
(Al-Baqarah: 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”
(At-Taubah: 111)

Kepada siapa aku berharap?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(At-Taubah: 129)

Macam mana aku nak bertahan?

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Yusuf: 12)

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

MADAH INDAH PENENANG JIWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sejak kebelakangan ini hidup saya agak kucar-kacir. Banyak perancangan tidak berjalan seperti sepatutnya. Keadaan ini membuatkan saya agak kecewa. Syukur ada seorang teman meluangkan sedikit masa menjadi pendengar setia. Alhamdullillah, satu sms yang dikirimnya, menenangkan jiwa yang gusar, menyedarkan hakikat siapalah kita.

Teman saya ni, dulu agak rajin menghantar sms islamik motivasi dan peringatan kepada saya, cuma kini mungkin sibuk gamaknya, tiada lagi sms untuk saya :(

Ok hari ini saya ingin kongsikan sms yang dikirim kepada saya.

Perjalanan hidup tak semudah yang kita jangkakan

Kita sering mengatakan begitu dan begini

Kita menganggap ia semudah itu dan ini

Kita mengira keputusanya semudah sifir matematik sebagai mana kita pelajari

Kita mengharap segalanya berjalan seperti yang dirancang

Namun hakikatnya….

Hanya DIA yang tahu jalan yang bagaimana terbaik untuk kita

Hanya DIA yang tahu…

Kita merancang, Allah merancang

Namun hakikatnya ALLAH lah sebaik-baik perancang

Sekian wassalam

Aug 27, 2010

salam.....
tik tok tik tok......
syukur aku masih diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di sini...
beberapa harini aku banyak melawat ke blog2 rakan2 ku...ternyata blog2 kalian sgt menarik..padat ngan artikel2 yg menarik dan memberi pedoman...berbeza ngan kalian...aku menjadikan blog aku sebagai tempat untuk aku meluahkan segala macam yang terbuku di dalam hatiku.....aku meluahkan segala-galanye disini....
blog ku aku jadikan sebagai 1 laman yg menceritakan segala macam perasaan dalam diriku baik suka, duka, sedih dan pilu...segalanya aku luah disini....
sebab tu jarang berkongsi blog aku dengan siapa2.....kecuali rakan2 yang terdekat da mengerti segalanya..
ok...
harini aku ke bukit tangga...ikuti program tautan muhibah dan berbuka puasa dengan warga felda bukit tangga...tahniah untuk saudara amir selaku pengarah projek yang aku boleh katakan telah berjaya menjalankan projek ni dengan jayanye...tahniah...
apa yang aku mahu sebut disini ialah sikap sesetengah manusia yang sombong....
sepanjang program ada beberapa ajk untuk program ini menujukkan sikap yang pada aku sangat keterlaluan...
fine anda semua ajk untuk program ini, tapi salahkah anda menunjukkan sikap yang lebih baik pada kami?
ingat la taraf kita semua disisi Allah adalah sama sahaja tak kira siapa pun kita...
ada sestengah ajk bila ditanye ape yang perlu kami buat?
dengan berlagaknya dia jawab, "ntah, cri la kerja ape2 pun.."
sorang lagi ajk plak cakap, "takyah2, ni bahagian kitorang" bila aku tolong diorang lap cawan...
wah, belagak gila diorang...sedangkan pengarah projek pon tak sesombong diorang...
emm...
aku cukup kesal, dalam zaman sekarang masih ada lagi manusia yang berlagak macam ni...
yang buat aku hairan ialah, perkara macam ni hanya terjadi di kalangan ajk pompuan jer, ajk lelaki takde la macam tu....
mood aku berpusing 360 darjah ngan sikap diorang...
mood untuk membantu terbantut....
huh!!!
anyway program ni sangat letih....
pg kul 2.30..balik kul 12...huh....lama gila...
tapi part yang paling seronok bila dapat berjemaah bersama org kampung menunaikan solat sunat terawih......terasa suasana kamapung.....menguatkan lagi semangat aku untuk pulang ke kampung 30 ogos ni...hehehe..
ape?
aku balik terlalu awal?
hahahaha...memang awal...tapi ada aku kisah?
asal aku sampai terengganu dah la...rindu nak bukak puasa kt umah with my sister robiah ngan sepu aka ultramen...kih kih kih...
lama tak makan megi ngan diorang....
ape2 pun selamat berpuasa untuk semua.....semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini...amin...
semoga cahaya keinsafan sentiasa bersama kita...semoga ibadat kita sentiasa diberkatiNya...amin....
SELAMAT HARI RAYA.....