Oct 27, 2009
aku cukup tak faham dan tak suka dengan manusia yang mempunyai masalah ni.....
adakah dengan bersikap hipokrit macam tu dia rasa dia dapat menjaga hati aku dan rakan2 yang lain???
apakah dengan bersikap hipokrit macamtu boleh menampakkan kebaikkan dia???
adakah dengan bersikap hipokrit hidup dia bahagia????
selama ni aku tak tahu dia bersikap macam tu...
aku rasa bangga ada kawan macam dia.
tak mudah melatah, cepat memaafkan dan suka membantu....
emmm...
tapi, dalam diam dia menikam aku dari blakang....
sedih sangat bila aku dapat tahu hal ni......
seolah-olah aku dihempap dengan batu bata bila tahu hal ni....
emmm.....

huhuhu...
gambar ni aku ambil masa raya kat umah abg mie...
see...
cantik kan umah dia???
seronok suasana kat situ...
raya pun meriah....
ni la satu-satunye gambar raya yang aku upload kat sini.........
hhehehe...
cute tak???
abg mie cakap aku nampak lain bila bertudung macam tu...
lain ke???
sama je aku tengok...
tak kurang pun aku punye cute tu...
makin bertambah ada la...
hahaha...
saje bergurau...
jangan marah eak...
Oct 26, 2009

hai...
lama aku tak menconteng kat sini kan??
anyway, ni la abg mie...
org yang banyak bg aku sokongan sepanjang aku kat sini..
org yang sentiasa ada di sisi aku sepanjang aku kat sini...
hehehe...
saje je aku letak gambar dia kat sini, aku nak tengok dia mengamuk ngan aku bila dia tahu aku upload gambar dia kat sini...
cute kan????
dia cakap dia tak cute pun, tapi manis..
hehehe...ye ke manis???
terlebih gula kot abg mie..anyway terima kasih untuk insan ni...
kalau takde dia rasanye aku dah takde kat dunia ni aritu...
terima kasih abg mie...
terima kasih sebab jaga sya kat sini....
Oct 18, 2009
Oct 15, 2009
suspen tak soalan aku???
hihihi....
kalo aku la diberi pilihan macam tu, aku teringin sangat nak jadi pokok...
nape pokok???
hahaha...
ntah la.
aku pun tak tahu nape aku nak jadi pokok...
yang aku tahu jadi pokok tu best sangat..
bagi aku la...
tak tahu la korang...
bg aku kalo aku jadi pokok aku tak payah nak peningkan kepala memikirkan apa2 masalah dlam hidup ni kan???
betapa seronomknye jadi pokok...
juz.......berdiri je kat situ
tak payah fikir nak g kelas ke, wat assgment ke ke, exam ke...
huhuhu...
bahagia sangat hidup kan???
Indah Pesona
Salah satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia Sama ada yang kecil mahupun yang besar Yang halus mahupun yang kasar Sama ada mengikut pandangan manusia jijik atau menakutkanaku butuh cinta.. aku butuh kawan...
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga , CINTA hilang...
Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar untuk
dicari apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus
menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
"Cinta biar yg satu.. kawan biar beribu..."
aku ada cerita nie.... nak dengar ke tak??
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah... Macam mana??? adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas? selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran" "Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan ??? Kenapa gelak? tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... fikir-fikirkan dan selamat beramal~ Nukilan dari DIARI SEORANG MUSLIMAHOct 13, 2009
tadi pagi my ex call..
lama kami berbual...pasal kami dulu2...
aku tanya dia, dia tak marah aku ke??
tapi jawapan yang dia beri cukup untuk buat aku menangis...
dan saya akan merelakan cinta itu pg dengan ikhlas, kerana saya tahu sepanjang saya dengan awak, saya tak pernah terluka...
sepanjang saya dengan awak sya cukup bahagia dan sepanjang saya dengan awak,
awak tak pernah buat saya menangis.
kenapa saya tak marah dengan keputusan yang awak buat???
sebab saya tak pernah fikirkan betapa sakitnye perpisahan yang awak lakukan, tapi saya lebih memikirkan betapa besarnya pengorbanan awak sepanjang kita bersama"
emm
kejam ke aku?????
kejam ke aku pada dia???
tapi bila aku fikirkan balik, aku manusia yang cukup kejam kalau aku tak lepaskan dia dari hidup aku...
sebab aku tahu dia layak mendapat yang terbaik dalam hidup ni...
sebab tu aku takkan sambung kembali hubungan aku ngan dia..
tapi bagi aku, dia tetap akan jadi sahabat aku untuk selama-lamanye...
Love & Destiny
"IF YOU LOVE SOMEONE, LET THEM GO"
"IF THEY RETURN TO YOU, IT WAS MEANT TO BE"
"IF THEY DON'T, THEIR LOVE WAS NEVER YOURS TO BEGIN WITH..."
seorang yang aku cukup benci dulu...
dulu la masa aku memusuhi dia...
sekarang aku sedar sape sebenarnye dia.....
LOVE Story
Boy : No..
Girl : Do you want to live with me?
Boy : No..
Girl : Will you cry if I leave you?
Boy : No..
The Girl start to cry..
The Boy pulled her close to him & said...
"You are not preety, but preetiest.
I dont want to live with you, but I live for you.
If you leave me, I wont cry but I'll die.."
CINTA vs. SUKA
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana ?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI..
Tetapi...
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
Bila Aku Sudah Tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya...
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
so aku juz senyum je la...sebab dia senyum ngan aku.takkan aku nak masamkan muka aku plak...tiba2 dia ajak aku bersembang jap ngan dia...emmmm...
aku duduk je la sembang ngan dia....
dia tanye aku ok ke tak sekarang ni.
aku juz cakap ok macam yang encik tengok la....
dia banyak uji aku dengan soalan2 dia.ye la,org kaunseling ni memang pandai mainkan emosi kita.tapi aku cuba kuatkan diri aku..
aku cuba buat biasa, buat happy...
then dia cakap macam ni kat aku
"ina...jgn berpura gembira kalau kamu tgh bersedih.."
tp yg paling best satu lg ayt yg bleh renung..
(teringt kenangan awl2 blogging)
Untuk Awak ;))
Nizam nieh pon bkak laa cte diee n cust... tersebutlah kisahhhh....
CSE : Celcom Careline, Nizam sedia membantu..
Cust : Cik, apa maksud CELCOM tuh??
CSE : Err...... Cik nak main2 ke??
Cust : Tak, sy nak tau ape maksud Celcom...
{hahaha,mmg cantik laa solan..npe x tnya blew bangunan celcom d tubuhkan.. waduyaiii~ mmg x terjawab laa encik nizam kte tuh.. wakakaka}
.: Cust Psycho 2 :.
huu.. sambungan dr CUST PSYCHO 1.....tym aku n kgkawan nga jawab call.. ttibe aku dgr sorang junior neih ckp ngan cust camginieh...
CSE : Celcom Careline Siti [bukan nama sbena] sdia membantu....
Cust : Bla..bla...bla...blaaaa...
CSE : Ok cik, sebelum tuh, boleh sy tahu nama cik dlu...
Cust : Rahsia..
CSE : Ape?? nama cik Rahsia?? Ke cik nak Rahsia2 dgn sy??
{hahaha, aku dgn kawan2 yg ade kat area tuh, da gelak x benti2 dah.. aduhh..ape kebende laa cust nieh mrepek2 nak rasia2 lak nama..ngat member aku nak ngorat die ke hpe..huuuu~}
.:DUA EKOR HANTU:.
Tersebutlah kisah dua ekor hantu.Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu.
Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil.
Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B.
"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.
"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,
"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"
Huaaaa3.. :))

.: Hati.. :.
semlm tym kat library... aku just surf2 tenet n terdgr laa satu ayat nieh.ayat aku dngar budar yang duk meja depan aku tu cakap ngan kawan dia. lbey kuang camgini laa ayatnye.. sebijik2 mmg xngat..
tabbek pendam.. nanti kena penyakit hati...."
hohoho, adakah ayat ini btoi?? huuu.. sila beri pendapat ye! :D
Award by amirr
Awarded by amirr


Hai..
thanks amir sbb bagi award ni :D
bgs r dia igt aku..ekeke..
best ek jd kwn aku..hee.. :P
p/s: cpt2 r kawin..ahaha
Jangan sangka si tua tiada perasaan

.: Bahagia :) :.
khas buat rakan2 ku yg slalu merasakan mereka tidak bahagia.. ;)aku jumpe ayat2 neih time surf2 td..
sila baca & hayati ye.. ;)

“aku bahagia… meski tidak ada kekasih yg mendampingiku"
aku bahagia… meski aku tidak cantik atau menarik…
aku bahagia… meski aku bukan orang kaya dan tidak semua keperluanku terpenuhi..
aku bahagia… karena aku hidup di kalangan manusia yang selalu tersenyum kepadaku..
aku bahagia… karena aku punya banyak teman meski tidak semuanya mengasihiku..
aku bahagia… karena aku memang menginginkan dan merasakannya..
Tidak ada alasan yang bisa membuatku tidak bahagia…”
Kalimat-kalimat di atas bukanlah hal yang mustahil bagi setiap orang, karena
menikmati hidup adalah kunci kebahagiaan…Kebahagiaan itu ditentukan oleh diri kita sendiri, meski orang lain melihat kita tidak bahagia sedangkan kita bahagia, kita memang bahagia, dan jika orang lain melihat diri kita bahagia sedangkan kita tidak merasa bahagia, kita tidaklah bahagia…
Dengan mengubah cara pandang dan berpikir, mungkin kita akan merasakan kebahagiaan…
aku bahagia…..karena ALLAH swt mengasihiku….^_^
PEACE!!
Manusia Dan Kerjaya
Pelik betul perangai manusia.Bila tidak ada kerja, sibuk cari kerja.
Bila sudah dapat kerja, malas nak pergi kerja.
Yang sedang makan gaji, sibuk mahu berniaga sendiri.
Kononnya tidak cukup gaji.
Yang berniaga sendiri pula, sibuk mencari kerja yang makan gaji.
Senang, tidak perlu risau untung rugi. Tiap-tiap bulan datang ambil gaji.
Walau apa pun kedudukan kita, walau di mana pun letaknya kita. Kita perlu sedar yang kita ini sangat bertuah. Punya akal, punya hati, punya kederat dan keinginan. Oleh sebab itulah kita sering kali tidak pernah rasa puas dalam kehidupan kita saban hari.
Mungkin pada dasarnya kehendak nafsu yang melangkaui batas mental dan kemampuan fizikal kita. Tetapi kita tidak sedar, yang 90% manusia di dunia ini memiliki pekerjaan yang bukan datang daripada minatnya. Semua secara kebetulan. Betul tak?
Jadi... cuba dulu baru tahu.
Oct 12, 2009
Hari hari usia ku
Banyak ku rasai ,ramai ku temui ,
aku teruskan lagi ,
Di hati ku ,
aku terus merindui ,
sesuatu yang tak ku temui ,
akhir nya ku jejaki ,
rupa nya telah mati ,
ku renongkan kembali ,
ku tak akan berhenti ,
jasad nya tiada lagi ,
tapi roh nya pasti menanti ,
melihat pencarian ini ,
aku teruskan lagi .
di hati ku ,
akan terus merindui ,
hari hari usia ku ,
banyak ku rasai .............
Mati semut kerana gula .
MARI BERTEKA-TEKI
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali =3D " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
hehehe..
Barah Otak
Pada pendapat aku, untuk melupakan sesuatu yang dipanggil perkara pahit atau buruk adalah sesuatu yang agak sukar untuk dilaksanakan. Mungkin gambaran yang sering terpancar di dalam kotak fikiran kita berulang kali, membuatkan ia tidak ubah seperti sebuah mesin 'reminder' yang membantu kita untuk sentiasa teringat pada sesuatu peristiwa tersebut.
Apabila gambaran yang terpancar di dalam kotak fikiran kita sering saja dimainkan, maka secara tidak langsung episod tambahan yang mungkin ditokok tambah isinya juga akan berlaku. Dengan kata lain, tanggapan dan kebarangkalian untuk terjadinya kembali, mengapa terjadi, siapa pelakonnya, di mana tempat kejadian dan paling penting bagaimanakah ianya boleh terjadi sering saja bermain dalam kotak fikiran yang kita sebut otak. Adakah tanggapan dan kebarangkalian yang timbul itu boleh didiamkan begitu saja? Ya, tentulah tidak. Oleh kerana itulah persoalan demi persoalan akan timbul memenuhi kotak fikiran kita yang mungkin sedang sempit tika itu. Jalan yang paling mujarab untuk melegakan tentang itu adalah mengajukan persoalan.
Selari dengan hukum alam, setiap soalan mestilah dikawankan dengan jawapan. Maka setiap jawapan yang diberikan perlulah ada nilai yang munasabah untuk dikelaskan sebagai logik akal. Maka dengan itu, faktor emosi juga akan memainkan peranan di mana kita akan terdorong untuk jeremus ke arah perbuatan atau perlakuan yang kita panggil tindakan luar kawal. Perbuatan tindakan luar kawal ini merangkumi segala macam aspek. Dari segi pertuturan dan tingkah laku kita, sedikit sebanyak akan mempengaruhi keadaan sekeliling. Mungkin perbuatan atau pertuturan kita akan mendatangkan impak yang sangat besar terhadap sesuatu individu atau objek lain sehinggakan mungkin terjadinya perilaku yang dipanggil tindakbalas.
Selalunya tindakbalas yang diterima akan mendatangkan beban atau tekanan pada kita kembali. Walhal apa yang kita inginkan adalah jawapan yang selogik mungkin untuk memuaskan hati yang sering saja dibelenggu perasaan ingin tahu yang sedang membuak-buak. Walaupun telah dikhabarkan sebelum ini, mungkin jawapan yang telah diberikan itu masih belum dapat memuaskan hati sehingga dapat disalurkan ke otak untuk diproses menjadi jawapan yang dipanggil paling muktamad.
Tindakbalas yang diterima biasanya akan menjadi beban tambahan yang akan diklasifikasikan sebagai masalah baru. Sehubungan dengan ini, masalah yang baru diwujudkan oleh kita itu akan menjadikannya satu lagi beban yang mungkin tidak terpikul dek akal kita, memandangkan beban yang sedia ada masih lagi tidak terlunas hutang piutangnya. Kemurungan atau tindakan agresif yang berpanjangan mungkin bakal menimpa kita. Siapa tahu?
Dari sudut lain pula, fikiran yang dipengaruhi dengan persoalan yang tiada jawapan biasanya lebih cenderung ke arah pemikiran yang negetif. Sehala dengan pemikiran yang negetif maka akan lahirlah emosi yang lebih murung. Kadang kala, pemikiran yang terlampau negetif juga akan berpontensi untuk menjadikan seseorang itu bertindak lebih agresif dalam keadaan yang berada di dalam luar kawal.
Kesimpulannya melupakan sesuatu peristiwa pahit atau jijik itu adalah jalan yang terbaik. Kita tidak perlu menjadikannya barah yang hanya bermain-main di dalam kotak fikiran kita. Tetapi bagaimanakan cara yang paling sesuai untuk ke arah itu? Mungkin dorongan dari sesuatu pihak adalah cara yang terbaik. Tetapi dorongan yang bagaimana? Adalah hanya berdiam diri itu adalah suatu dorongan? Adakah dengan tidak ambil peduli itu juga satu dorongan? Kerana masa yang kita ada sebenarnya adalah sangat singkat untuk kita terus berdiam diri saja.
Sila berikan jawapan. Paling tidak hembuskanlah sedikit nafas untuk didengar sebagai ganti jawapan.
- Adakah anda pernah berada di dalam kategori ini? Sama-sama fikirkanlah, adakah ianya disebabkan sesuatu atau disengajakan oleh sesuatu? Renungkanlah.