BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 13, 2009

Manusia Dan Kerjaya

Pelik betul perangai manusia.
Bila tidak ada kerja, sibuk cari kerja.
Bila sudah dapat kerja, malas nak pergi kerja.

Yang sedang makan gaji, sibuk mahu berniaga sendiri.
Kononnya tidak cukup gaji.
Yang berniaga sendiri pula, sibuk mencari kerja yang makan gaji.
Senang, tidak perlu risau untung rugi. Tiap-tiap bulan datang ambil gaji.

Walau apa pun kedudukan kita, walau di mana pun letaknya kita. Kita perlu sedar yang kita ini sangat bertuah. Punya akal, punya hati, punya kederat dan keinginan. Oleh sebab itulah kita sering kali tidak pernah rasa puas dalam kehidupan kita saban hari.

Mungkin pada dasarnya kehendak nafsu yang melangkaui batas mental dan kemampuan fizikal kita. Tetapi kita tidak sedar, yang 90% manusia di dunia ini memiliki pekerjaan yang bukan datang daripada minatnya. Semua secara kebetulan. Betul tak?

Jadi... cuba dulu baru tahu.

No comments:

Post a Comment