BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 15, 2009

Indah Pesona

Salah satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia Sama ada yang kecil mahupun yang besar Yang halus mahupun yang kasar Sama ada mengikut pandangan manusia jijik atau menakutkan
http://farm3.static.flickr.com/2289/2200698224_7256bc753c.jpg
Semuanya berlaku dengan hikmah Sama ada mengandungi ilmu, didikan mahupun pengajaran Sekalipun seekor hama yang halus yang berada di tengah belantara ada maksud dari Tuhan Walaupun seekor kuman di atas gunung yang tinggi di dalam batu pejal ada hikmah yang tersembunyi Binatang yang merbahaya seperti harimau dan buaya walaupun menakutkan manusia ada pengajaran Sama ada yang disuka atau yang dibenci oleh manusia ada rahsia dari Tuhan Bahkan tidak ada makhluk yang Tuhan cipta yang sia-sia Semuanya ada maksud dan tujuan Cuma banyak manusia yang tidak tahu hikmah dan rahsianya, didikan dan pengajarannya Maha Suci Tuhan daripada membuat sesuatu yang sia-sia Sekalipun pada pandangan manusia perkara itu remeh sahaja Perlu diingat, pada Tuhan semua perkara sama sahaja Pandangan Tuhan tidak ada bezanya di antara halus dan kasar Di antara kecil dan besar Dan yang jijik dan yang menyenangkan Walaupun Tuhan tahu perbezaan itu Dari segi menciptanya sama saja Dari segi melihat sama juga
http://content.authorstream.com/images/rupi-8744-Nature-Beauty-nature-ppt-powerpoint-118_88.jpg
Kerana Tuhan bukan melihat dengan mata Bukan kemampuannya dengan tenaga Dan Tuhan tidak merasa dengan jiwa dan perasaan Setiap hikmah dan pengajaran itu Allah wujudkan tidaklah menimbang-nimbang Menimbang-nimbang adalah dengan akal dan fikiran Tuhan tidak ada akal dan fikiran seperti manusia Maha Suci Allah Taala berakal dan berfikiran, Maha Kuasa lagi Maha Agung Hikmah dan pengajaran itu terjadi adalah dengan kuasa dan ilmu Tuhan yang sedia sempurna Yang tidak perlu menimbang-nimbang dan memikirkan Maha Agung Engkau Tuhan.

No comments:

Post a Comment