BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 17, 2009

PERANG DI IRAQ


Bila membaca berita mengenai plan terbaru Amerika untuk membina pangkalan tentera yg kekal di Iraq, satu di utara, satu di selatan, satu di barat dan satu lagi di tengah Iraq; terasa sayu hati kecil kita. Pembinaan pangkalan-pangkalan tentera yg kekal ini akan melengkapkan penguasaan tentera Amerika ini terhadap bumi Iraq.

Masuk Iraq, sudah 2 kali Amerika menguasai sepenuhnya bumi ummat Islam. Yang sebelumnya ialah di afghanistan; dulu bumi afghan inilah yang menyaksikan kem-kem yang melatih mujahidin-mujahidin seluruh dunia, sebagai persiapan in case tragedi yg menimpa Iraq ini berlaku di mana-mana. Kini bukan sahaja kem-kem tersebut dimusnahkan tapi bumi afghan keseluruhannya turut dikuasai dan dijajah Amerika.

Makin hari, Amerika makin mengganas, makin hari bumi Islam makin dijajah; selepas Iraq mungkin Syria, kemudian Lebanon, kemudian Mesir, Sudan dan entah siapa lagi.

Melihatkan kemaraan penjajah Amerika ini, kita pun jadi hairan. Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapakah seolah-olahnya pertolongan Allah tidak bersama kita?

Pertanyaan ini mungkin tidak kita timbulkan secara nyata, tapi jauh di lubuk hati setiap kita, kadang-kadang perasaan itu datang bermain, kenapakah kita tidak dibantu oleh Yang Maha Pencipta?

Saya sendiri, sentiasa tertanya-tanya; walau pun cuba dibuang jauh-jauh perasaan itu, namum persoalan berkenaan sering saja kerap melanda.

Oleh kerana tidak tertahan melayan rasa, maka,ketika menghadiri satu kuliah di sebuah masjid, saya bertanya pada ustaz tersebut

Kata saya:

"Ustaz, nak tanya sikit la; mungkin ini berkait dgn akidah, tapi saya nak minta ustaz jawab jugak. Ini nak tanya kenapa Tuhan tak tolong ummat Islam, asyik kalah je dengan tentera diorang.Nak kata sebab amalan;saya perhatikan dari berita2 tengok di Afghanistan hari tu, geng2 Osama Bin Laden dan taliban sikit punya hebat ka amalan dan semangat jihad depa, sanggup mati syahid, siap buat hudud dan lantik mullah omar sebagai khalifah amirul mukminin.... tapi perang, kalah jugak.. Macam mana Ustaz?"

Jawapannya tak perlu diulang tulis di sini, sebab semua kita rata-ratanya tahu jawapan yang standard, cuma perlu ditanya juga sebagai satu cara untuk meluahkan rasa.

Jika nak dikira kalah, zaman nabi dan sahabat dulu pun banyak kali kalah juga. Pertolongan Allah SWT hanya akan datang jika kita bertakwa sepenuhnya kpd ALLAH SWT dan menjauhkan sebarang maksiat walau pun kecil cuma. Itulah pesan yg selalu Saidina Omar tinggalkan kpd pejuang-pejuangnya setiap kali hendak turun ke medan perang.

Kata Saidina Umar:

"Wahai sahabat-sahabatku sekelian; ketahuilah, jika nak diukur dari segi bilangan, pasukan tentera musuh jauh lebih ramai dari kita. Kalau nak diukur dari segi kekuatan teknologi perang, pasukan musuh jauh lebih hebat dari kita. Kalau nak diukur dari segi pengalaman dan experience perang, pasukan musuh juga jauh lebih berpengalaman drpd kita. Yg membezakan antara kita dan mereka ialah TAKWA. Maka hendaklah kalian bertakwa sebenar2 takwa kpd Allah SWT dan jauhilah maksiat kpdnya; kerana jika kita terlibat dgn maksiat walau sedikit pun maka kita tidak ada bezanya berbanding dgn mereka; maka mudahlah mereka melanyak dan mengalahkan kita"

Rupa2nya, dlm sirah peperangan dlm Islam, TAKWA itulah yg menjadi ukuran...

(Pasal apa Tuhan yang Maha ESA biarkan kapiaq Amerika ini ambik tanahair kita? Pasal apa Tuhan jadikan ramai sangat depa-depa nie? Pasal apa Tuhan bagi kekuatan dan teknologi perang yang gila-gila punya kat depa nie? Pasal apa?)

Makna kata, soalan yg sama yg kita dok tanya pasal tentera Amerika hari ini, lebih seratus lepas, soalan yg sama juga pernah dikemukakan oleh seorang Chief, seorang Pejuang Berani Mati Red Indian bernama Geronimo ini.

Nak tau apa jawapannya?

"Mungkin zaman bangsa kita sudah berlalu; mungkin ini adalah kerja tuhan yang maha esa untuk menggantikan bangsa kita dengan kaum yang lain!!"

Bila teringatkan kemaraan tentera Amerika yg berterusan ini, saya teringatkan kata-kata Geronimo ini, dan dlm masa yg sama saya teringatkan kata-kata orang alim, bahawa di akhir zaman nanti Islam akan naik, tapi sebelum itu bumi ini akan diperintah oleh kaum kuffar untuk beberapa ketika... sebelum Islam kembali berkuasa... dalam apa yg dikatakan sebagai kebangkitan tentera Mahdi Al-Muntazar ke atas tentera Yajud dan Maujud serta gerombolan Dajal.

Mungkin ini semua sebahagian daripada Jadual Allah SWT

No comments:

Post a Comment